CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nombor pendaftaran istimewa V 1 MY, V 9999 MY diperkenal sempena VM 2026

10-6-2026 09:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 


PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) ’V 1 MY’ hingga ’V 9999 MY’ sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (VM 2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, siri NPI khas ini berpotensi menarik minat orang ramai yang menghargai nombor bernilai tinggi serta menggalakkan seluruh rakyat Malaysia menyokong industri pelancongan negara melalui pembelian NPI.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada JPJ terutamanya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook atas sokongan kepada MOTAC dalam menjayakan VM2026.

“Pada masa yang sama membantu kita mencari lebih banyak peruntukan untuk promosi VM2026 bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Teks ucapan King Sing dibacakan Timbalan Menteri Motac, Chiew Choon Man pada Majlis Pelancaran NPI Visit Malaysia 2026, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Motac dan Tourism Malaysia juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan negeri, syarikat penerbangan, pengusaha pelancongan, pemain industri hospitaliti, serta usahawan dan komuniti kreatif tempatan untuk memastikan setiap pelawat menerima pengalaman terbaik di Malaysia.

Sementara itu, JPJ memaklumkan, tempoh bidaan NPI berkenaan dibuka bermula 13 hingga 17 Jun ini dengan harga bidaan minima RM300 dan maksimum sehingga RM20,000.  

  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.041305 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top