CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas lima maut di Simpang Renggam : Pemandu Mercedes-Benz memandu secara melulu dibebaskan jaminan polis

10-6-2026 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 


KLUANG – Pemandu kereta Mercedes-Benz yang dipercayai menyebabkan kemalangan maut sehingga meragut lima nyawa termasuk empat sekeluarga pada 1 Jun lalu dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk membebaskan remaja lelaki itu dengan jaminan polis sehingga siasatan dilengkapkan.

Sebelum itu, remaja berusia 19 tahun tersebut direman selama tiga hari bermula 2 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman selama tiga hari tamat sebelum ditahan semula untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

Pada 1 Jun lalu, Kosmo! melaporkan remaja itu bersama abangnya yang berusia 22 tahun didakwa memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan.


Nahas itu meragut nyawa empat sekeluarga iaitu Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, Nor Azlina Abd. Latif, 33, Semek Mat Soh, 75, dan Nur Airish Syifa Side, 10.

Turut terkorban ialah abang suspek yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital ekoran kecederaan parah.   

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.031467 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top