CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN Johor: Annuar Musa dilantik Pengarah Pilihan Raya PAS

10-6-2026 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 102| Komen: 0

 



JOHOR BAHRU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mohd Firdaus Jaffar, berkata pelantikan itu dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

"PAS Johor menyambut baik pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor dan yakin pengalaman serta kepimpinan beliau akan membantu memperkukuhkan persiapan dan penyelarasan gerak kerja menghadapi PRN Johor ke-16.

"Menjelang pilihan raya yang semakin hampir, seluruh jentera PAS Johor diseru untuk terus memperkukuhkan kesatuan saf, memantapkan gerak kerja serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata PAS Johor menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PAS Pusat untuk tidak meneruskan kerjasama politik bersama BERSATU.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan dan diberikan penjelasan lanjut dalam Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Johor semalam yang mana semua ahli sebulat suara menyatakan komitmen untuk menghormati, mematuhi dan melaksanakan keputusan berkenaan.

"PAS Johor berpandangan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama politik bersama BERSATU tidak menjejaskan usaha penyatuan ummah yang menjadi matlamat perjuangan parti.

"Justeru, PAS Johor akan terus mendukung sebarang bentuk persefahaman politik atau kerjasama pilihan raya (electoral pact) yang diputuskan oleh PAS Pusat bagi menghadapi pilihan raya kali ini," katanya.

DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari bagi melaksanakan PRN.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.035899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top