|
MEXICO CITY: Mexico selaku tuan rumah akan membuka tirai edisi terbesar dalam sejarah Piala Dunia pada 11 Jun menerusi perlawanan pertama daripada keseluruhan 104 perlawanan yang akan berlangsung di 16 lokasi merentasi tiga negara.
Stadium Mexico City disahkan sebagai venue perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia) sekali gus menjadi stadium pertama yang menjadi tuan rumah kepada tiga perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA. Jadual penuh kejohanan terbesar dalam sejarah Piala Dunia itu kini sudah diumumkan, menyediakan rangka kerja bagi kejohanan 104 perlawanan yang membabitkan 48 pasukan di 16 bandar tuan rumah di tiga negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada. Mexico akan mendapat penghormatan memulakan kejohanan di ibu negara mereka, dengan sepak mula berlangsung di venue bersejarah yang pernah menjadi tuan rumah perlawanan akhir serta aksi pembukaan Piala Dunia 1970 dan 1986. Mexico akan bermain ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan di laman sendiri, dengan Stadium Guadalajara menjadi lokasi perlawanan kedua mereka pada 18 Jun sebelum kembali ke Stadium Mexico City bagi aksi terakhir kumpulan pada 24 Jun. Venue berkenaan turut akan menganjurkan perlawanan Kumpulan K antara Uzbekistan dan Colombia, selain satu perlawanan masing-masing pada pusingan 32 terbaik dan pusingan 16 terbaik. Sebagai sebuah gelanggang ikonik bola sepak dunia dan stadium pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali ketiga, Stadium Mexico City yang pernah menyaksikan legenda seperti Pele dan Diego Maradona beraksi dalam dua final Piala Dunia yang bersejarah pada 1970 dan 1986 sekali lagi bakal menjadi tumpuan dunia. Stadium itu kini menjadi gelanggang rasmi kelab Liga MX, Club America dan Cruz Azul selain pasukan kebangsaan Mexico. Sebelum ini, Pumas UNAM, Atlante, Atletico Espanol dan Necaxa juga pernah menggunakan stadium terbabit sebagai gelanggang mereka. Stadium Mexico City turut menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2011 apabila kehadiran 98,943 penonton mencatat rekod jumlah penyokong tertinggi dalam sejarah kejohanan belia berprestij itu. -AGENSI Sumber : Berita Harian
|

prince_marhaen replied at 11-6-2026 08:34 AM
Host Mexico, US & Canada, tapi tetap amik Kak Kira nyanyi theme song...
mejaputih replied at 10-6-2026 04:01 PM
iols rasa tak catchy theme song dari kak kira kali ni...yg masa South Africa dulu mmg sedap.
yg Qa ...
prince_marhaen replied at 11-6-2026 02:25 PM
Hahaha kan... iols dengar pun, macam wakawaka tapi more boring... die die die je sampai habis... h ...
prince_marhaen replied at 11-6-2026 02:25 PM
Hahaha kan... iols dengar pun, macam wakawaka tapi more boring... die die die je sampai habis... h ...
ninja boy replied at 11-6-2026 10:28 PM
Wah wah live concert countdown world cup
punchup replied at 12-6-2026 08:48 AM
Tv apa yg ada bola ni
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-7-2026 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.138636 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.