CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Malaysia Tidak Boleh Menghalau Rohingya Sesuka-hati.." - Saifuddin Nasution

10-6-2026 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2574| Komen: 61

 



KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan mengusir pelarian Rohingya secara sewenang-wenangnya meskipun berdepan tekanan dan desakan pelbagai pihak kerana isu tersebut melibatkan pertimbangan kemanusiaan, keselamatan serta tanggungjawab antarabangsa negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan terhadap komuniti pelarian perlu dilaksanakan secara seimbang dan tidak boleh dipandu oleh sentimen atau emosi semata-mata.

Menurut beliau, kerajaan memahami kebimbangan rakyat berhubung kehadiran pelarian Rohingya, namun realiti yang menyebabkan mereka meninggalkan negara asal juga perlu diambil kira.

"Kalau mereka ada pilihan, adakah mereka akan datang ke sini ketika kampung halaman mereka dibakar, wanita dirogol, identiti diri tidak diberikan, masjid dan kampung dimusnahkan?

"Dalam keadaan itu, apa pilihan yang mereka ada? Mereka sanggup menempuh lautan luas dan dalam banyak-banyak negara, Malaysia menjadi destinasi mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas petisyen dalam talian yang menggesa pelarian Rohingya dihantar pulang atau ditempatkan semula ke negara ketiga, yang dilaporkan memperoleh ratusan ribu tandatangan.

Saifuddin bagaimanapun menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara dan sebarang dakwaan kononnya pelarian diberikan dokumen pengenalan diri secara sewenang-wenangnya adalah tidak benar.

"Wujud fitnah yang menggambarkan seolah-olah kerajaan memberikan identiti diri kepada pelarian tanpa kawalan. Seolah-olah negara ini tidak mempunyai sistem dan undang-undang.

"Tidak. Kita tidak akan berkompromi sama sekali dalam aspek keselamatan," katanya.

Beliau berkata, isu pelarian perlu diurus secara bijaksana dan berhemah dengan mengambil kira kepentingan keselamatan negara, rakyat serta kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sumber : Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 10-6-2026 12:30 PM
Edited by B40tastePosh at 10-6-2026 12:32 PM

Keturunan Nasution (sebut nasusyen) ni pun dulu pelarian dari Sumatera ke Semenanjung naik tongkang. Sekarang dah jadi Menteri modal air liur dan demonstrasi je untuk yakinkan Melayu undi mereka
Quote Decaffeinated 10-6-2026 12:31 PM
Salah sendiri try hard nak jadi pembela ummat Islam, wira dunia ketiga kononnya lah.

Cuba tengok bangsa non ada mereka sibuk, kalau nak support pun diam2 sudah.
Quote B40tastePosh 10-6-2026 12:34 PM
Decaffeinated replied at 10-6-2026 12:31 PM
Salah sendiri try hard nak jadi pembela ummat Islam, wira dunia ketiga kononnya lah.

Cuba tengok ba ...

Bangsa Non pun pelarian perang candu dan perang mempertahankan Kesultanan Chola
Quote zarulnazmi 10-6-2026 01:41 PM
Dah tu diorang datang bawa masalah kat negara kita tapi takde tindakan sewajarnya tak kan nak biar je. Beranak, masuk hospital tapi tak bayar tu dah berapa kali keluar cerita? Yang bawak kenderaan takde lesen sampai ada kemalangan dengan rakyat tempatan, mana mangsa kemalangan nak tuntut insurans? Ni yang terbaru ambil barang kedai tak nak bayar ikut suka hati dia, lepas tu tak lepas dia jerit-jerit macam orang gila. Diorang ingat kad unhcr tu macam kad pelepasan untuk diorang buat sesuka hati kat tempat orang lain?
Quote silance 10-6-2026 02:47 PM
- Jawapan dia ni diberi kepada demand yang kalau boleh nak halau semua pendatang tu minggu depan. Mana boleh 10 taun accumulated problem sudah bottleneck, dia kena settle sorang. Cuba check senarai dalam portfolio tu, ada banyak nama kan? Contoh macam korang baru join satu company, lepas few days, bos bagi tasks settlekan 10 taun backlog by December.

However, dalam article atas tu, (kalau salah tolong betulkan) tiada juga janji, wit imidiate efek, tiada kompromi untuk semua bot-bot seterusnya, mereka sama sekali tidak dibenarkan landing?

Quote BungaKencana 10-6-2026 03:03 PM
kalau ssh nk halau apa yg kerajaan kne buat? tggu arahan UNHCR? UNESCO? ptotnye buat penempatan berpagar dikawal tentera & semua kos UNHCR yg tanggung bkn Malaysia. kesian la pembayar cukai
Quote Apoo 10-6-2026 03:16 PM
Antara cadangan aku:
1. Designated satu kawasan (paling afdhal pulau) mcm pulau bidong tu as kawasan utk pelarian Rohingya. Pindahkan depa kesitu & pandai2 la hampa hidup.
2. Buat je operasi vasectomy utk laki2 rohingya yg capai umur lebih 12 tahun. Klu x buat, x boleh kerja. Insyaallah dah tak membiak dah kot kaum tu.
Quote FOTHER-MUCKER 10-6-2026 03:17 PM


Berharap tak akan terjadi seperti ini

[youtube]67-L51X7bOU[/youtube]

https://m.youtube.com/watch?v=67-L51X7bOU&ra=m


Quote FOTHER-MUCKER 10-6-2026 03:25 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-6-2026 11:31 PM

Sebenarnya Malaysia ni kena bala Rohingya disebabkan oleh lebai. Sekarang tuhan bayar cash.

Di tahun 2006 2007 2008 2009 lebai menuduh orang kristian di uk membenci orang islam kerana agama mereka.


[youtube]kl_Yei1ZcR8[/youtube]
Quote FOTHER-MUCKER 10-6-2026 04:00 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-6-2026 12:09 AM

Berharap si bengap saifudin belajar apa yang sedang berlaku di eropah. Malaysia tidak mau 30-5o tahun akan datang berlaku seperti di eropah

[youtube]eTFKHfZ2s68[/youtube]

[youtube]hQ3Ro8c9Hmo[/youtube]

[youtube]wlSQbbviglg[/youtube]


Quote silance 10-6-2026 05:59 PM
Pasca PRU16.
Siapa boleh pegang kdn dan Menteri luar?  
Kdn vs pati/yuniheciar
Mentri luar  - tegas dengan negara lain contoh miangma. To deal dengan negara luar/asean minta cooperation tangani sama masalah.
Mesti tegas, persuade negara luar terima rohingya, kalu tada respond, kena negotiate, kalu tada respond juga kena debate. Kalu tada respond juga, berani hentak meja di convention pibibi. No easy work.
Korang rasa sapa? Berapa lori calon ada?
Quote Firenzza 10-6-2026 08:57 PM
Hantar balik rohingya kt mynmar sekali dgn pudin bengap, tau nk kuasa je bkn reti jaga negeri ni
Quote Mary_jane 10-6-2026 10:16 PM
Bangsa rohingya sila park khemah depan rumah pak menteri.
Quote fattymah 10-6-2026 10:33 PM
Melayu cina yindia siam semua tak jadi.. rohingya mmg mata duitan.. mungkin jadi... hati² le semua
Quote JohnDeSouza 10-6-2026 10:35 PM
pudin asal batak indong .suckk
Quote miss_white 10-6-2026 11:29 PM
Biar lah rohingya hidup kat laut .biar je bot  dia nk belayar ke mana.asal kn jgn dtg Malaysia ...nasib tak baik kena tembak.
Quote Rdizz 10-6-2026 11:50 PM
silance replied at 10-6-2026 02:47 PM
- Jawapan dia ni diberi kepada demand yang kalau boleh nak halau semua pendatang tu minggu depan. Ma ...

Ya, patut ada statement akn semak undang2 ke, akn sekat kemasukan seterusnya ke. Takkan nk biar forever boleh mendarat sini.

See, fudin pun ckp dlm byk2 negara, msia yg dituju, habis tu kenapa tak ada fikir nk buat rules suruh pegi negara lain pulak dah sini overflow dah. Negara lain bukan main luas puluh kali ganda tnh melayu.
Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2026 01:09 AM
Rdizz replied at 10-6-2026 07:50 AM
Ya, patut ada statement akn semak undang2 ke, akn sekat kemasukan seterusnya ke. Takkan nk biar fo ...

Ada dalam satu video di YouTube Dia pernah bagi tau kita tidak boleh terlalu strict dengan pendatang haram yang memasuki negara Malaysia untuk mencari pekerjaan dan perlindungan kerana mereka orang susah, jika mereka tiada masalah hidup di negara asal mereka tidak akan sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk datang ke Malaysia menaiki boat menyeberangi lautan.

Quote pocongkiutss 11-6-2026 01:31 AM
Apa lapiji ckp pasal isu ni? Nak tau juga komen parti baru ni cemano

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.037852 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top