CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Brazil siasat vaksin denggi selepas 2 kematian

9-6-2026 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 



BRASILIA – Brazil menggantung sementara penggunaan vaksin demam  denggi dos tunggal pertama di dunia  berikutan dua kematian yang mencurigakan.

Lebih setengah juta orang  menerima dos vaksin itu tahun ini. Ia dihasilkan di Brazil dan diluluskan  pihak berkuasa kesihatan pada November 2025.

Denggi  boleh menyebabkan demam panas, sakit kepala, sakit otot,  loya dan ruam serta dalam sesetengah kes, boleh membawa maut.

Daripada 501,044 orang yang divaksin antara Januari hingga  Mei lepas, seramai  3,703 atau cuma 0.7 peratus menunjukkan simptom menyerupai demam denggi.

Seramai 42 orang lagi mengalami ‘reaksi lebih buruk’, demikian menurut Kementerian Kesihatan Brazil.

Pihak berkuasa turun merekodkan tiga kes serius, termasuk dua yang mengakibatkan kematian seorang lelaki berusia 58 tahun dan wanita 48 tahun.

Seorang wanita berumur  38 tahun pula dimasukkan ke unit rawatan rapi tetapi telah dibenarkan pulang.

“Tidak ada data mencukupi untuk mewujudkan kaitan sebab dan akibat antara vaksin dan tiga kes serius ini, tetapi ia adalah isyarat amaran,

“Sebagai langkah berjaga-jaga,  kami memutuskan untuk menggantung sementara proses vaksinasi,” kata Menteri Kesihatan Alexandre Padilha pada satu  sidang akhbar, tanpa mengulas lanjut.

Menurutnya, kesan di luar jangkaan itu direkodkan semasa ujian ke atas lebih 16,000 sukarelawan di 14 negeri Brazil.

Satu-satunya vaksin demam denggi lain, TAK-003 memerlukan dua dos yang diambil selang tiga bulan, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Brazil merekodkan lebih 6,000 kematian akibat demam denggi pada tahun 2024 atau hampir separuh daripada kematian yang direkodkan di seluruh dunia. – AFP  

Sumber:– KOSMO! ONLINE.

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.027931 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top