CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Walau Saya Selebriti, Tak Pernah Guna Nama Untuk Dapatkan Layanan Istimewa” - Rita Rudaini

9-6-2026 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 841| Komen: 9

 


Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mendapat layanan istimewa terutama dalam urusan berakitan sekolah anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata setiap individu wajar dihormati meskipun bukan bergelar orang kenamaan mahupun ‘kabel’ untuk mendapat hak sepatutnya.

 

“Tak perlu jadi VIP untuk dihormati. Tak perlu ada kabel untuk mendapat hak,” tulisnya.

Tambah Rita lagi, perkara yang perlu diberi perhatian adalah suara ibu bapa dan sikap pilih kasih serta budaya kroni perlu dihapuskan.

Tambahnya lagi, bila hal kroni dan politik dinormalisasikan ianya akan memberi kesan kepada anak-anak yang sedang belajar mengenai kehidupan.

Dalam pada itu, Rita berkata dia akan berurusan mengikut peraturan yang sah tanpa menggunakan namanya sebagai selebriti.

“Saya berdiri sama seperti ibu bapa lain.. ikut peraturan yang sah, bukan peraturan yang direka-reka mengikut kehendak pihak tertentu. Sekolah sepatutnya mendidik tentang integriti, keadilan dan merit, bukan budaya kroni, pilih kasih atau politik kelompok,” katanya.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Narobralek 10-6-2026 02:05 AM
Withdrawal reliability and bonus transparency are independent indicators of platform quality and finding both together narrows the options significantly because platforms that invest in genuinely fair bonus terms often haven't invested equally in fast withdrawal processing and vice versa. For UK slot players these two criteria together determine practical value more than game selection alone. https://slots-shine.uk/ delivers fast withdrawals alongside bonus terms that are clearly stated and achievable for UK players rather than combining one strength with a weakness in the other that undermines the overall experience.
Quote KamikuP 10-6-2026 03:23 PM
Tak dapat jadi AJK MUafakat tu yg meroyan tu - kataku mamandai2
Quote Blu3butter 11-6-2026 12:19 PM
Owh ingatkan kenapa komen gitu. Ok faham
Quote annehuda 11-6-2026 12:26 PM
mmg tak perlu kabel kak, tapi kena menang undian la. dah orang tak undi ko.
Quote misszazaz 15-6-2026 11:38 AM
hhhrrrmmmmm
Quote adeqbun 15-6-2026 02:24 PM
nama dan status?helo,selebriti ni status ape yg die expect bunyi mcm special sgt...
Quote red_velvet 15-6-2026 02:28 PM
Menyampah siot retis2 ni rasa diri tu upper level sangat.. Korang pun marhaen jugak lah. Berapa kerat je retis ada pelajaran kt Malaysia ni. Perangai pun rempit.. Koserr sangat
Quote missmarvolo 16-6-2026 09:40 AM
orang kita ni biasalah, kalau rasa diri tidak diadili, semua menikus gebang cakap2 belakang je, mana berani nak kedepan. bila ada orang mcm RR ni buat, semua orang menghencap kata itu ini. sememangnye orang2 atasan yg kaya2 tu akan sentiasa menghimpit yg susah tapi yg susah ni sentiasa takut dan menyembah si kaya walau diri dizalimi. like whats new?
Quote missmarvolo 16-6-2026 09:40 AM
orang kita ni biasalah, kalau rasa diri tidak diadili, semua menikus gebang cakap2 belakang je, mana berani nak kedepan. bila ada orang mcm RR ni buat, semua orang menghencap kata itu ini. sememangnye orang2 atasan yg kaya2 tu akan sentiasa menghimpit yg susah tapi yg susah ni sentiasa takut dan menyembah si kaya walau diri dizalimi. like whats new?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.083646 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top