|
Baru-baru ini usahawan dan juga pempengaruh media sosial, Noor Nabila menjadi perhatian ramai apabila tular video mengenai baju yang digayakannya. Menerusi hantaran dikongsikan oleh rakan baiknya, Rosix Omar, Nabila dilihat sedang mencuba gaun panjang bercorak berwarna kuning. Turut kedengaran, Rosix mengatakan baju yang digayakan oleh Nabila sememangnya cantik. Turut menjadi perhatian, Rosix turut menunjukkan harga baju tersebut RM13,990. Hantaran Rosix itu dikongsikan semula oleh netizen yang terkejut dengan harga baju Nabila itu. Malah, individu itu turut membandingkan dengan gaji mereka belum mampu untuk membeli baju berkenaan. Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan harga baju berkenaan. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan baju tersebut seperti baju kelawar dan dilihat tidak cantik di mata mereka.
|
prince_marhaen replied at 9-6-2026 10:10 AM
corak baju macam corak baju typical aci aci pakistan duduk rumah...sesuai lah.
edoraixora replied at 9-6-2026 10:13 AM
hidup dia memang kena flex aje ye
asek baca pasal show off je
xde cerita lain ke

brainbiru replied at 9-6-2026 02:09 PM
Mak dia jual nasi ayam rm26 /pack.
Lps tu adik/kakak dia yg nama saradina tu explain kata wang setia ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-7-2026 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.160848 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.