CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis sahkan terima laporan dakwaan Siak cabul, rogol dalam bilik jenazah masjid

5-6-2026 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1299| Komen: 14|Original author: Inigo-Montoya


Screenshot 2026-06-05 094637.png


MELAKA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang wanita kononnya menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki yang dipercayai siak di sebuah bilik jenazah masjid, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan tersebut dibuat oleh wanita berusia lingkungan 50-an terhadap lelaki berusia 48 tahun pada Khamis, jam 9.12 pagi.

Menurutnya, siasatan menyeluruh telah dijalankan sebelum pihak polis mendapati dakwaan berkenaan tidak berlaku.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut.

“Polis bagaimanapun telah menyerahkan kes ini kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membolehkan tindakan lanjut di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, kes berkenaan tular di media sosial dengan dakwaan seorang jemaah wanita menjadi mangsa cabul dan rogol di lokasi yang dinyatakan. Turut tular dakwaan bahawa imam masjid berkenaan tidak membenarkan mangsa membuat laporan polis.

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan imam terbabit telah menukar siak baharu bagi menggantikan siak lama, dipercayai bagi melindungi individu berkenaan.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan siak berkenaan sudah meletakkan jawatannya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihak masjid tidak dapat mengesahkan punca lelaki itu meletakkan jawatannya.

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-6-2026 11:31 AM
berulang kali
Quote tumpanglalu74 5-6-2026 02:56 PM
Dah namanye pon siak..  Sial le.
Quote helicornia 5-6-2026 04:10 PM
suka sama suka ke
Quote supernaturalee 5-6-2026 04:14 PM
suss nye psl die letak jawatan



lagi 1 part statement: "tiada sebarang elemen paksaan"

maksudnya macam ada, tapi suka sama suka kah???

ke sebab kantoi, nk tutup malu sendiri tu yg report?



hmmmm

klu betul sial, eh siak tu rape, u fight je acik

no matter what

Quote supernaturalee 5-6-2026 04:14 PM
suss nye psl die letak jawatan



lagi 1 part statement: "tiada sebarang elemen paksaan"

maksudnya macam ada, tapi suka sama suka kah???

ke sebab kantoi, nk tutup malu sendiri tu yg report?



hmmmm

klu betul sial, eh siak tu rape, u fight je acik

no matter what

Quote prince_marhaen 5-6-2026 04:20 PM
“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah tersebut."

Dah main tak syok lah tu...panas pulak dalam bilik mandi mayat tu... tu terus report polis kata kena rogol kot... hahahaha.. tak pun kantoi ngan imam..
Quote BungaKencana 5-6-2026 05:35 PM
kes tgk video porn dkt masjid sini - Masjid Bukit Baru


Kes cabul - Masjid Bukit Piatu


jarak antara kedua2 masjid ni tak jauh mana, aduhaiii
Quote Gokuuu 6-6-2026 02:33 AM
Aku kerap notice..kalau bab aib dlm kain org melayu je cpt je viral..mcm ada hidden hand yg make it big as boom

Sebab tu cina kelig kuat perli


Walhal depa pun sama je cuma tak di boom kan dlm news sgt
Quote pocongkiutss 6-6-2026 03:23 AM
Iols mati2 ingtkan dia cabul jenazah td.. suka sama suka cemana? Nasib baik baca semula
Quote che-cikL 6-6-2026 06:46 AM
pocongkiutss replied at 6-6-2026 03:23 AM
Iols mati2 ingtkan dia cabul jenazah td.. suka sama suka cemana? Nasib baik baca semula

Asbab jadi pocong sebab mati baca berita jenazah ni.
Quote Jitu 6-6-2026 01:52 PM
maknanya mmg suka sama suka
dlm masjid

teruknya
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2026 02:05 PM
Acik tu Umi 50 lawa lagi kut kan?. Siak tu cari yg shebaya sherasi bersama. Sian acik tu kena molest. Adumak tuan!.
Quote renko 9-6-2026 09:23 AM
prince_marhaen replied at 5-6-2026 04:20 PM
“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan sekali gus gagal membuktikan k ...

konek tok siak tak menepati syarat dia kot

Quote selipar_hijau 9-6-2026 11:14 AM
amboi tok siak pun
kinky sangat ajak main dalam bilik mayat

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040598 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top