CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaria bawaan Rohingya ‘serang’ Terengganu, JKNT keluar amaran tahap tinggi

5-6-2026 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 541| Komen: 6

 


KUALA TERENGGANU, 4 Jun 2026: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan amaran tahap tinggi susulan peningkatan kes malaria dalam kalangan warga Rohingya di negeri ini.

Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNT memaklumkan sebanyak 17 kes malaria direkodkan setakat ini dengan 10 daripadanya melibatkan jangkitan Plasmodium vivax dalam kalangan warga Rohingya kategori import.

Kes terbaharu dikesan di daerah Dungun dan Kuala Nerus.

Hasil siasatan mendapati kebanyakan kes dipercayai melibatkan individu yang memasuki negara ini secara haram dan maklumat berkaitan pergerakan mereka sukar diperoleh.

Sehubungan itu, semua hospital, klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu diarahkan mempergiat aktiviti saringan menerusi pendekatan Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD).

Langkah tersebut termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap warga Rohingya yang hadir ke fasiliti kesihatan termasuk ibu mengandung serta individu yang telah lama berada di Malaysia.

JKNT menegaskan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi membendung penularan penyakit itu kepada masyarakat setempat.

Sumber: Terengganu Voice


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 5-6-2026 11:25 AM
Sehubungan itu, semua hospital, klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu diarahkan mempergiat aktiviti saringan menerusi pendekatan Active Case Detection (ACD) dan Passive Case Detection (PCD).
Langkah tersebut termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap warga Rohingya yang hadir ke fasiliti kesihatan termasuk ibu mengandung serta individu yang telah lama berada di Malaysia.

Yeeeaaah, inilah berita yang kita mau, internationl level. A frog oready came out from the coconut shell. Cannot sit under the cocnut shel forever. No shy-shy bebeh, come out and play. We set the bar and we breaks the bar. Negara lain terkebil-kebil tengok.

Berapa juta nak spend duit tu? Itu duit rakyat kan?




Quote Skuau 5-6-2026 11:29 AM
takpa nak..dorang bukan onglain...'saudara' kita juga...'selamat sore rohingya'....
Quote mejaputih 5-6-2026 12:40 PM
Can you help me out by signing this petition?
https://c.org/RNhtZNfV28
Quote slavehunter 5-6-2026 09:49 PM
Edited by slavehunter at 5-6-2026 09:50 PM

Dorang ni protected by Amnesty international, Human rights watch. So rakyat Malaysia hanya mampu bergaduh berdebat jer la sesama sendiri sebab tak boleh buat apa because we are hooked by British and CIA democracy system.

Nak sangat democracy this is part of democracy system la, ko kena bagi ruang tanah ko kat foreigners.
Quote Siput_Sawah 6-6-2026 10:37 AM
Lurve, mesti geng ngo n suhakam bangga baca berita ni.
Quote Siput_Sawah 6-6-2026 10:38 AM
Lurve, mesti geng ngo n suhakam bangga baca berita ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036297 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top