CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Rohingya: Bantuan kemanusiaan bukan tiket kewarganegaraan - Nurulhidayah Ahmad Zahid

5-6-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 398| Komen: 4

  


SHAH ALAM – Malaysia perlu terus bersikap prihatin terhadap nasib etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan tetapi perkara itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai kewajipan untuk memberikan penempatan tetap atau kewarganegaraan kepada golongan berkenaan.

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, isu Rohingya perlu dilihat daripada dua sudut berbeza iaitu lensa kemanusiaan dan lensa kedaulatan negara.

Menurut beliau, dari sudut kemanusiaan, penderitaan yang dialami etnik Rohingya akibat penindasan, peperangan dan kehilangan kewarganegaraan di Myanmar tidak boleh dinafikan serta wajar mendapat simpati masyarakat antarabangsa.

“Sebagai manusia dan umat Islam, rasa simpati terhadap penderitaan mereka adalah sesuatu yang wajar. Mereka berhak mendapat perlindungan asas, bantuan makanan, kesihatan dan keselamatan daripada ancaman nyawa.

“Namun dari sudut kedaulatan negara, tiada mana-mana kumpulan pelarian mempunyai hak untuk menuntut penempatan tetap atau kewarganegaraan di sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, keputusan untuk memberikan status penduduk tetap atau kewarganegaraan adalah hak eksklusif sesebuah kerajaan yang perlu diputuskan berdasarkan undang-undang, kapasiti ekonomi, aspek keselamatan serta kepentingan rakyat tempatan.

Menurutnya, Malaysia selama ini telah menunjukkan sikap yang terbuka berbanding banyak negara lain dengan menerima kehadiran pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun katanya, bantuan kemanusiaan yang diberikan tidak boleh dianggap sebagai jaminan untuk memperoleh kewarganegaraan atau hak menuntut penempatan khusus di negara ini.

“Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kebimbangan mengenai tekanan terhadap kemudahan awam, persaingan pekerjaan berpendapatan rendah, isu keselamatan dan jenayah yang melibatkan kumpulan tertentu serta beban sosial yang perlu ditanggung kerajaan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau berpandangan bahawa sebarang tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya adalah tidak wajar kerana melibatkan soal kedaulatan negara.

“Mereka boleh memohon perlindungan dan bantuan, tetapi keputusan sama ada mahu memberikan status kekal atau tidak merupakan keputusan besar yang perlu dibuat kerajaan dengan mengambil kira kegusaran rakyat Malaysia secara menyeluruh.

"Bersimpati terhadap penderitaan etnik Rohingya adalah sifat kemanusiaan yang wajar tetapi mempertahankan hak Malaysia dan menentukan siapa yang boleh menetap secara kekal di negara ini adalah satu isu kedaulatan negara yang penting," tambahnya.

Beliau menegaskan, penulisan mengenai isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha menimbulkan sentimen kebencian terhadap pelarian.

"Tapi saya mewakili rakyat Malaysia yang berhak bertanya sejauh mana kemampuan negara dalam menanggung implikasi jangka panjang terhadap sesuatu dasar penempatan pelarian.

“Politik tetap politik. Jangan sampai kita dijajah lagi secara halus atas sentimen agama dan kemanusiaan. Buat baik berpada-pada,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 10-6-2026 12:19 PM
halau balik je la.... muak pasal etnik yang x sedar diri...dah bg betis nak peha...
negara dia pun x nak dia....
Quote ninja boy 10-6-2026 12:23 PM
Banyak2 negara kenapa malaysia sbb malaysia lembik
Quote B40tastePosh 10-6-2026 12:36 PM
Sebab Isu Jawa Ponorogo dan Kulonprogo pernah hangat di Malaysia.
Quote B40tastePosh 10-6-2026 12:38 PM
Kalau teringat... teringat Atok, Bagan Datok!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035147 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top