|
Cef terkenal Datuk Chef Wan berkongsikan pengalaman apabila menerima berita dirinya disahkan menghidap kanser Burkitt, sejenis penyakit limfoma yang sangat jarang berlaku. Menerusi satu podcast, ketika dia dimaklumkan mengenai berita tersebut daripada doktor dia sukar untuk percaya pada awalnya namun melihat dari sudut positif. Menurut Chef Wan, doktor memaklumkan kanser Burkitt yang dihidapinya hanya melibatkan sekitar lima peratus kes di seluruh dunia. “Doktor memberitahu, saya ada kanser Burkitt (limfoma). Penyakit ini jarang ditemui, hanya 5% sahaja dalam dunia. “Saya tengok doktor dan kata, ‘saya tak percaya, saya ialah insan yang terpilih.’ Kemudian doktor cakap, ‘saya tak pernah jumpa seseorang yang positif seperti awak,” katanya. Sementara itu, Chef Wan berkata dia menerima ujian tersebut dengan hati terbuka serta berpendapat setiap penyakit adalah penghapus dosa. “Ketika itu saya rasa kosong. Kalau ini adalah pengakhiran saya, maka saya akan menghadapinya seperti orang lain. “Tetapi saya mampu bertahan sehingga usia 65 tahun dan saya ada hidup yang sangat indah, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kerana setiap penyakit itu menghapuskan dosa kita,” katanya.
Perkongsian Chef Wan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap positif figura itu meskipun diuji dengan masalah kesihatan. Sumber: Rotikaya |
L.U.S.M replied at 4-6-2026 07:10 AM
Mkn kt restaurant dia kt bangsar sedap semua lauk...best gilaaaa...rugi ank2 dia sorg pun xblh waris ...
L.U.S.M replied at 4-6-2026 07:10 AM
Mkn kt restaurant dia kt bangsar sedap semua lauk...best gilaaaa...rugi ank2 dia sorg pun xblh waris ...
supernaturalee replied at 4-6-2026 09:36 AM
cef riz?
orkid_amani replied at 4-6-2026 10:46 AM
Celebrity chef ja kn..bukan chef. Kantoi tuhari tipu pengalaman kerja dekat dapur hotel mana ntah. ...
cm_vungtau replied at 3-6-2026 02:14 PM
Dulu dia sihat and ceria. Rasanya dia cancer lepas dia stress kes anak dia cerai berai and saman men ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.459112 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.