CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira sokong Anggrek jadi artis, tapi pelajaran tetap nombor satu!

2-6-2026 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 203| Komen: 0

 


PENYANYI Adira Suhaimi memberikan sokongan penuh terhadap anak sulungnya iaitu Anggrek yang memasang impian untuk bergelar seorang anak seni.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, bagaimanapun menegaskan dia akan mengutamakan aspek pendidikan terlebih dahulu meskipun anaknya itu sudah bergelar seorang artis. 

"Saya nak jadi mak yang sentiasa sokong apa minat anak, apa dia nak jadi. Tapi macam mana pun pembelajaran itu tetap nombor satu, saya tidak akan biarkan dia abaikan belajar.

"Macam manapun habiskan belajar dulu dan bila sudah boleh buat keputusan sendiri dia nak jadi apa, saya akan sokong sahaja insya-Allah," katanya kepada mStar. 

Adira turut memberi bayangan bahawa anaknya itu sudah mula menerima tawaran untuk berkolaborasi dengan artis tempatan. 

 



"Doakanlah Anggrek. Kalau saya cakap ada... cepat sangat pula saya bagi tahu kan? 

"Insya-Allah ada, doakan yang terbaik untuk Anggrek supaya dia boleh melaluilah fasa-fasa dalam Talk To My Manager ini. Ini baru sahaja permulaan untuk dunia yang sebenar selepas ini," jelasnya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk tampil berduet atau bekerjasama dengan Anggrek, Adira menganggap kebolehan anak perempuannya itu jauh berbeza dengan dirinya.

Kata Adira, dia merasakan Anggrek lebih sesuai digandingkan dengan penyanyi lain yang mempunyai bakat tarian. 

"Mungkin bukan sayalah. Saya sebenarnya belum saya tak boleh buat macam Anggrek buat. 

"Saya mungkin ada suara tapi saya tak boleh menari sebagus Anggrek dan saya rasa pasangan nyanyian duet dia orang lain, bukan saya," ujarnya.

 


Untuk rekod, Anggrek merupakan anak sulung hasil perkahwinan Adira bersama bekas suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.413429 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top