CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik pemandu BMW ditahan, lumba haram punca nahas ragut 4 sekeluarga di Simpang Renggam

2-6-2026 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1131| Komen: 18

 



KLUANG – Dua beradik dipercayai sedang berlumba sebelum kereta BMW yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan lain dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan lima nyawa serta mencederakan lapan individu, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil siasatan awal mendapati BMW yang dipandu Goh Yi Sheng, 22, dipercayai berlumba dengan sebuah Mercedes-Benz yang dipandu adiknya berusia 19 tahun dari arah Renggam menuju ke Simpang Renggam.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira pukul 1.19 tengah hari itu, BMW berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh empat kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira 1.5 serta Mercedes-Benz.

“Akibat kemalangan itu, empat individu yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

“Mangsa yang maut ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh, 75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang kesemuanya beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu BMW, Yi Sheng terbabit turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

Menurut Bahrin, lapan lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, adik kepada pemandu BMW yang dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta sama,” katanya.


Sumber:-KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 2-6-2026 11:08 AM

Akibat kemalangan itu, empat sekeluarga iaitu Semek Mat Soh,75, Nor Azlina Abd Latif, 33, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.
Quote BawangCaramel 2-6-2026 11:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote ChildrenOfBodom 2-6-2026 12:31 PM
Edited by ChildrenOfBodom at 2-6-2026 12:58 PM

barua yang berlumba mampuih...alhamdulillah
Quote axl_bach 2-6-2026 01:01 PM
ChildrenOfBodom replied at 2-6-2026 12:31 PM
barua yang berlumba mampuih...alhamdulillah

Sekoq lagi x mampuih....
Quote Purestteam1 2-6-2026 04:36 PM
patut pukul je aritu.. geram plak
Quote noor2 2-6-2026 06:47 PM
Purestteam1 replied at 2-6-2026 04:36 PM
patut pukul je aritu.. geram plak

Mmg dah kena pukul pun ada video..tp ada pulak yg halang
Quote Blu3butter 2-6-2026 06:59 PM
Anak orka... Hmmm hrap ada keadilan le nnt buat mangsa
Quote Purestteam1 2-6-2026 07:36 PM
noor2 replied at 2-6-2026 06:47 PM
Mmg dah kena pukul pun ada video..tp ada pulak yg halang

ha ah... patut x yh halang... barua  punya pemandu
Quote Chairman 3-6-2026 08:39 AM
Edited by Chairman at 3-6-2026 08:40 AM

Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih pukul sampai mampos plak anak babi tu.. Dah kene charge under 302 plak.. Pastu cm bese la keluarga2 dan bangsa diorg ni akan fokus pd kes pukul plak berbanding kes lumbe haram
Quote mejaputih 3-6-2026 08:50 AM
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...

Aah betul...kalau habis nyawa si anak babi tu kena charge pula 302...tak ke haru..tgh2 emosi setan pun duk hasut kita mana fikir bhgn mana yg fatal kalau dipukul.
Quote Decaffeinated 3-6-2026 09:26 AM
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...

Lagi satu yang melanggar ialah abg dia yang bawa BMW yang dah mati pun. Silap2 dia pun boleh claim mangsa.
Quote WarnaPelangi 3-6-2026 09:45 AM
Blu3butter replied at 2-6-2026 06:59 PM
Anak orka... Hmmm hrap ada keadilan le nnt buat mangsa

Ada terbaca, katanya anak taukey kedai judi kan?
Quote BungaKencana 3-6-2026 10:59 AM
agk2 ape yg bapak dia rasa skrg sbb ank dia ada yg mati.. slhkan adk? buat tak tahu?
Quote Blu3butter 3-6-2026 12:46 PM
WarnaPelangi replied at 3-6-2026 09:45 AM
Ada terbaca, katanya anak taukey kedai judi kan?

Aiol pun baca katanya gitu juga. Selalunya tokey judi mmg dah sedia ada connection so boleh agak le kot ke mana perginya kes ni nnt. Kalau jatuh hukuman pun sekadar buat geli2 je
Quote awanysss 3-6-2026 04:55 PM
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...

dulu masa aku study lecturer aku cakap kalau nak "bunuh" orang, langgar guna kereta..

dia kata ada kes dia (masa dia practice law), ada org tu upah foreigner, bawak jentera then langgar org yg dia suruh langgar.. foreigner tu takde lesen tak silap aku.. then relax je org tu mengaku salah ke dia sempat lari balik negara dia.. dpt duit kepok kepok.. kes under akta jalan je bukan kanun keseksaan.. tak sangka after 10 years dia cerita, baru aku nmpk aplikasi dia..
Quote Chairman 3-6-2026 06:53 PM
awanysss replied at 3-6-2026 04:55 PM
dulu masa aku study lecturer aku cakap kalau nak "bunuh" orang, langgar guna kereta..

dia kata ad ...

Laa cmtu ke law nye?? Adehh.. Patut la kes southville city dlu tu pn hukuman penjara je.. Padahal keluarga simati menanggung kesan seumur hidup
Quote awanysss 4-6-2026 02:42 PM
Chairman replied at 3-6-2026 06:53 PM
Laa cmtu ke law nye?? Adehh.. Patut la kes southville city dlu tu pn hukuman penjara je.. Padahal  ...

ye sbb akta berbeza..
mungkin dah sampai masa malaysia amend law tu..
sbb nak establish 302 susah..
so amend law jalan la, siapa yg sengaja memandu dalam keadaan bahaya/mabuk kira 302..
ni dorang sedap2 mabuk/khayal/berlumba, yang mati tu org lain yg tak bersalah..
Quote afie_m 5-6-2026 02:49 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.376750 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top