CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis siasat video tular Menteri Besar Perlis didakwa tembak lembu

29-5-2026 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 887| Komen: 15

 


Kangar: Polis belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung penularan video memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah, namun siasatan awal berhubung insiden itu sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihak polis sudah mengambil maklum mengenai rakaman video berkenaan yang tular di media sosial sejak semalam.

"Insiden (video tular) itu sudah berada dalam pengetahuan pihak polis.

"Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Yusharifuddin berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis peluru dan senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil Menteri Besar dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden itu.


"Sama ada peluru yang digunakan itu adalah peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan.

"Kita akan panggil Menteri Besar untuk mendapatkan keterangan berkaitan isu ini," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang mendakwa Menteri Besar Perlis bertindak menembak seekor lembu menggunakan selaras senapang patah bagi tujuan ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha.

Sumber – Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 29-5-2026 02:38 PM
melaka klu xde afamosa dan stadhuys utk diekploitasi dri zaman 80an sampai 90an sampai skrg level perlis je  xde trigger
Quote Skuau 29-5-2026 03:35 PM
AbukRokok replied at 29-5-2026 02:38 PM
melaka klu xde afamosa dan stadhuys utk diekploitasi dri zaman 80an sampai 90an sampai skrg level pe ...

Jgn ko...statistik orng miskin kt Msia ni..tetap jugok...Sabah,Swak,Ganu,Klate....bila harumanis lebih mahal drp minyak & gas...
Quote Gokuuu 29-5-2026 07:42 PM
KL pun rata2 miskin..buktinya ramai penerima zakat asnaf.
[em:3:]
Quote B40tastePosh 29-5-2026 08:08 PM
Veterinar Perlis tak siasat kah?
Quote B40tastePosh 29-5-2026 08:09 PM
Gokuuu replied at 29-5-2026 07:42 PM
KL pun rata2 miskin..buktinya ramai penerima zakat asnaf.
[em:3:]

Rohingya, Syria, Bangla dan Indon lagi kaya dari Asnaf di KL
Quote alesandra 29-5-2026 08:42 PM
Lobai pun xtau hukum ke? mana boleh ko seksa binatang korban.kesian weiiii aku tgk video tu
Quote Dalcott 30-5-2026 12:48 PM
maybe lembu tu ganas.kite tak tau sblm video tu mcm mne
Quote domestobot 30-5-2026 12:50 PM
last2 lembu tu yang kena tahan polis
Quote MarryPottet 30-5-2026 01:34 PM
domestobot replied at 30-5-2026 12:50 PM
last2 lembu tu yang kena tahan polis

Lembu malang tersebut dah selamat disembelih & diagihkan dagingnya
Mungkin senapang yg akan masuk lokap
Quote kemaruk 30-5-2026 05:37 PM
Isu kecil je ni

Next
Quote ChildrenOfBodom 30-5-2026 09:54 PM
mb gemok sial tak guna sekupang
Quote Gokuuu 6-6-2026 02:26 AM
B40tastePosh replied at 29-5-2026 08:09 PM
Rohingya, Syria, Bangla dan Indon lagi kaya dari Asnaf di KL

Dah sign petition halau puak rohingya belum?
Skrg dah 250k dah....

Mohon isi petition...
Quote B40tastePosh 6-6-2026 11:06 AM
Gokuuu replied at 6-6-2026 02:26 AM
Dah sign petition halau puak rohingya belum?
Skrg dah 250k dah....


250k Asnaf di KL?
Quote B40tastePosh 6-6-2026 11:10 AM
alesandra replied at 29-5-2026 08:42 PM
Lobai pun xtau hukum ke? mana boleh ko seksa binatang korban.kesian weiiii aku tgk video tu


Lobai pelahap babi
Quote alesandra 6-6-2026 04:14 PM

eh jap aku lupa..mb perlis ni bukan lobaikan?dah tukar mb parti bersatutapi still...sebagai org islam ko main sondol hukum mcm babi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068751 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top