CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ramai cef hebat hantar resume, saya tak berani tanya gaji’ - Diana Danielle

29-5-2026 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3940| Komen: 49

Gara-gara hantaran mencari cef peribadi demi menjaga pemakanan anak-anak tular dalam media sosial, pelakon Diana Danielle mengakui menerima banyak resume daripada ramai cef profesional di hotel-hotel, dalam dan luar negara.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, kebanyakan permohonan diterima datang daripada cef berpengalaman sehingga membuatkan dirinya berasa ‘kecut perut’ memikirkan soal bayaran.

“Sejujurnya, itu hanya satu perkongsian di Threads. Saya terfikir, patutkah saya melabur untuk ambil cef peribadi? Kadang-kadang anak-anak nak makan macam-macam, tetapi akhirnya kami tetap pesan makanan luar.

“Tahun ini saya memang sibuk. Kalau sebelum ini saya masih boleh uruskan semuanya, sekarang nampaknya saya perlukan bantuan. Memang ramai hantar resume, tetapi saya tak berani tanya gaji.

“Takut pula kalau gaji mereka sama dengan pendapatan saya sebulan. Ada antara mereka pernah bekerja di hotel bertahun-tahun, malah ada pengalaman di Dubai,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah bintang filem Imaginur itu, keperluan sebenar bukanlah cef bertaraf lima bintang, sebaliknya individu yang memahami asas nutrisi serta mampu menyediakan hidangan sihat mengikut selera anak-anak.

Bagaimanapun, dia memaklumkan rancangan tersebut masih tertangguh kerana ingin melakukan pengubahsuaian dapur terlebih dahulu.

“Saya hanya perlukan seseorang yang faham nutrisi asas, boleh masak makanan yang anak-anak suka tetapi dalam versi lebih sihat. Itu sahaja.

“Tetapi saya nak ubah suai dapur dulu. Susun atur sekarang kurang selesa untuk ada orang masuk memasak.

“Perancangan itu sebenarnya sudah lama, sejak tahun lepas lagi, cuma belum sempat. Mungkin beberapa bulan lagi,” ujarnya pada penggambaran filem terbaharunya berjudul Cobra 7: Peluru Terakhir di sini, semalam.

Ibu dua anak itu turut menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, sebaliknya ingin berkongsi inspirasi kepada golongan ibu dalam menyediakan makanan terbaik buat keluarga.

“Saya gembira untuk berkongsi menu ringkas dan sihat dengan ibu-ibu lain. Komuniti mak-mak memang suka benda begini.

“Kami sanggup melabur masa dan tenaga untuk beri yang terbaik kepada anak-anak. Harap orang tidak salah faham dan anggap saya mahu menunjuk,” jelasnya.

Paling penting kata Diana, segala usaha dilakukan demi masa depan anak-anak agar keperluan mereka sentiasa terjaga walaupun dirinya sibuk bekerja.

“Saya masih memasak, bukan tak masak langsung, cuma untuk rutin harian, saya perlukan bantuan.

“Pemakanan penting sebab mereka aktif bersukan dan belajar. Kalau tidak cukup nutrisi, mudah jatuh sakit.

“Ini cara saya pastikan walaupun sibuk, saya tidak abaikan mereka. Duit boleh cari, tetapi janganlah mahal sangat ya. Chef-chef bajet, tolonglah,” selorohnya.

Terdahulu, Diana berkongsi hasrat mencari cef peribadi bagi membantu menyediakan hidangan harian buat anak-anaknya, selain memastikan keperluan nutrisi mereka sentiasa terjaga.

Dalam perkembangan lain, Diana sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cobra 7: Peluru Terakhir arahan Faisal Ishak dijangka menemui penonton sekitar hujung tahun ini.

Selain Diana, filem tersebut juga dibintangi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Amar Baharin dan Ahirine Ahidrudin. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 29-5-2026 02:54 PM
Gamba kt atas tu DD ke...lainnya muka
Quote contessa38 29-5-2026 03:42 PM
Bagus jugak idea DD ni, cari tukang masak mknn sihat utk family.. biasanya org cari pengasuh/tukang kebun je kan
Quote timahterung 29-5-2026 04:20 PM
Patutnya cakap la sekali " Bajet saya 600 hengget , 700 hengget sebulan " takdelah nanti chef yg ada pengalaman kt dubai tu pun sibuk hantar resume ... Cakap kasi habis terus terang kan senang
Quote Gianna111 29-5-2026 04:57 PM
A friend of mine works as a private chef for a wealthy family in Bangsar.basic salary is around RM12,000/month, and whenever he travels with the family within Asia, Europe, or the US, all travel expenses and per diem allowances are fully covered.

The family is also very health-conscious, so his role mainly focuses on preparing nutritious and well-balanced meals. And the family frequently hosts gatherings and dining events at their house,so hiring him is definitely worth it for them.

Quote aerara39 29-5-2026 07:51 PM
Ada ke chef2 bajet, klo healthy food gitu pasti lah chef nya ada education bagus juga & bayaran juga mahal. Kenapa tak hire maid yg boleh masak, tp biar dia masak ikut style yg DD nak & food yg dia approved only (tanya doctor, ahli nutrisi). DD ni tahun lepas ada isu dia kata yuran anak dia mahal sbb termasuk melancong luar negara sekali, now nak chef bajet pula. Jenis nak elite lifestyle tp nak versi jimat
Quote alesandra 29-5-2026 08:47 PM
timahterung replied at 29-5-2026 04:20 PM
Patutnya cakap la sekali " Bajet saya 600 hengget , 700 hengget sebulan " takdelah nanti chef yg ada ...

Kalo budget 600,700 hengget buat sendiri jelaa.maid indon pun tak lps...
Quote Samerosie 30-5-2026 09:03 AM
Edited by Samerosie at 30-5-2026 09:05 AM

Nak hire chef biar betul. Bukan ke haritu ada kaka @Kitty_catz spilled tea, yuran sekolah anak2 x berbayar kena suspend ke gitulah, lepas tu anak2 pula duk mengata anak org lain yg miskin kat sekolah tu.  Katanya budak2 kat sekolah tu pun x suka dua beradik ni sebb biadap.  Terfikir balik masa nak serai dulu dia ckp bekas laki marah anak sampai kurung dlm bilik.  Now boleh la put 2 and 2 together...
Quote timahterung 30-5-2026 11:15 AM
aerara39 replied at 29-5-2026 07:51 PM
Ada ke chef2 bajet, klo healthy food gitu pasti lah chef nya ada education bagus juga & bayaran juga ...

Terdesak sangat ke chef chef tu semua nak dapat customer sampaikan thread Diana Danielle pun diorang layankan . Kalau Azrinaz Mazhar Hakim yang buat thread / tinggal komen macam tu rasanya berbaloi le jugak nak dilayankan siap tayang resume kerje Dubai bagai  ....
Quote timahterung 30-5-2026 11:16 AM

Quote jambatannetizen 30-5-2026 12:58 PM
Samerosie replied at 30-5-2026 09:03 AM
Nak hire chef biar betul. Bukan ke haritu ada kaka @Kitty_catz spilled tea, yuran sekolah anak2 x be ...

Like mother, like daughter n son. Duit tak ada, ada hati mahu hire chef haha. Haritu driver.
Quote Purplehaz 30-5-2026 01:29 PM
timahterung: Patutnya cakap la sekali " Baj ...

hahaha..betul gak tu. berapa yg ko sanggup bayar

chef msk 3x sehari tinggal sekali ker apa plus merangkap tgok ank2 ko kat rumah kee? 2 in 1
Quote Purplehaz 30-5-2026 01:30 PM
hiring jelah Filipin domestic helper +professional culinary chef-level skills, tp gaji mahal la rm3k-5k mampu tak
Quote sarah_ary2 30-5-2026 01:52 PM
Samerosie replied at 30-5-2026 09:03 AM
Nak hire chef biar betul. Bukan ke haritu ada kaka @Kitty_catz spilled tea, yuran sekolah anak2 x be ...

Ishh jenis snobbish jugaklah ni, ajet ajet kaya siap mengata budak lain
Quote Udangpetai 30-5-2026 02:54 PM
Apa dia expect iklan specific macam tu tapi nak rate murah
Quote sukanyanyi 30-5-2026 05:48 PM
primarikey replied at 29-5-2026 02:54 PM
Gamba kt atas tu DD ke...lainnya muka

Meols tgk dh nk npk mcm fathia..

Lihat semua komen(49)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045831 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top