CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO mahu uji vaksin Ebola pada manusia

29-5-2026 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 203| Komen: 0

 


GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) semalam menyatakan bahawa kumpulan penasihatnya mengesyorkan ujian klinikal untuk vaksin dan rawatan berguna terhadap strain Ebola Bundibugyo.

Tiada vaksin atau rawatan khusus untuk virus ganas Bundibugyo yang menular di timur Republik Demokratik Congo(DRC).

Sebagai tindak balas kepada wabak tersebut, WHO memanggil beberapa kumpulan pakar dan penasihat yang meneliti potensi vaksin dan rawatan untuk Bundibugyo.

Kumpulan-kumpulan itu meneliti beberapa produk yang dianggap amat berpotensi untuk diberi keutamaan bagi penilaian dalam ujian klinikal melibatkan manusia.

“Mereka mengesyorkan agar ‘semua produk yang dikenal pasti dipertimbangkan secara eksklusif dalam ujian klinikal untuk menjana data kukuh dan memastikan penyelidikan yang selamat, beretika serta berkesan”, kata WHO dalam satu kenyataan.


Menurut agensi berkenaan, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan DR Congo dan negara jirannya, Uganda untuk memudahkan penilaian penyelidikan produk vaksin tersebut.

“Sementara itu, keutamaan kami adalah untuk menghentikan penularan menerusi kaedah tindak balas Ebola  yang telah kami gunakan selama beberapa dekad, merangkumi pengawasan penyakit, ujian dan diagnosis pantas, pengesanan kontak, pengasingan dan penjagaan pesakit, pencegahan dan kawalan jangkitan, penglibatan komuniti serta  pengebumian yang selamat dan bermaruah,” kata WHO lagi. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.266640 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top