|
Pelakon Hairul Azreen berkata kunci kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri, Hanis Zalikha kerana komunikasi yang sihat dan lebih memahami tanggungjawab masing-masing. Memetik HibGlam, Hairul berkata dia dan Hanis juga mengambil pendekatan tidak ambil peduli mengenai hal orang lain dan fokus pada keluarga sendiri. “Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain. Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang. “Tapi lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Zaman ‘nak tak awak ‘couple’ (bercinta) dengan saya’, mungkin banyak bergaduh. “Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu,” katanya. Sementara itu, ada netizen yang menjadikan perkahwinannya sebagai rujukan, Hairul berharap tidak dilakukan secara berlebihan.
“Janganlah (jadikan idola). Tak ada manusia yang sempurna, jadi setiap orang akan tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia. “Asalkan dua-dua menghargai satu sama lain. Macam Hanis, saya gembira tengok dia dengan Cakenis dan dia pun seronok tengok saya buat Hyrox. “Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’. Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” katanya. Sumber: HibGlam, Rotikaya |
“Jadi kami macam jatuh cinta lagi. Malah, dekat sana saya cakap dekat dia ‘I (nama panggilan Hairul) rasa macam nak mengurat you (Hanis) sekarang’. Dia pula cakap dekat saya bila lari nampak kacak sangat,” katanya.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.326349 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.