CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jawab Telefon Suara Tersekat2, Nur Izzati Hilang Mendaki Bersama Keluarga

26-5-2026 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6147| Komen: 123|Original author: begg

1000100373.png


TANJUNG MALIM: Remaja perempuan berumur 19 tahun yang hilang dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa di sini semalam masih belum ditemukan setakat ini.

Namun ahli keluarganya memberitahu remaja tersebut ada menjawab panggilan telefon daripada mereka.

Bapa saudara kepada remaja tersebut, Azman Abdul Aziz, 57, berkata, anak saudaranya iaitu Nur Izzati Humaira Azizul ada membalas panggilan telefon daripada keluarganya sejak semalam.

“Namun suaranya tersekat-sekat. Tidak tahu apa puncanya. Kemudian apabila dihubungi semula beberapa kali, terus senyap. Saya amat berharap dia selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan."

1000100370.jpg
“Dia seorang yang pendiam, warak dan disenangi tidak mengira keluarga, rakan-rakan atau jiran berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, anak saudaranya itu berhasrat untuk menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana bercita-cita menjadi seorang pendidik.

Sementara itu, ibu remaja tersebut, Mastura Md. Zin, 47, enggan ditemubual pemberita.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Azliza Ahmad berkata, operasi pencarian diteruskan pada pukul 9.29 pagi tadi dengan kekuatan lebih 40 individu merangkumi bomba, polis, APM, malim gunung dan penduduk kampung.

1000100368.jpg


Katanya, seekor anjing Unit Anjing Pengesan (K9) bomba turut digerakkan untuk membantu operasi pencarian.

Cuaca mendung di Bukit Changkat Asa yang ketinggiannya 234 meter.

Semalam, media melaporkan Nur Izzati Humaira terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya yang melakukan aktiviti mendaki di lokasi berkenaan.


Sumber  – UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Capt.bal 25-5-2026 12:22 PM
Tak jumpa lagi budak ni.. semoga dijumpai dalam keadaan selamat.
Quote zuuu 25-5-2026 12:28 PM
Biasa mendaki ke x adik ni,kalo dh biasa ada pengalaman mungkin leh survive,harap x cedera la,moga dijumpai secepat mungkin
Quote mariane 25-5-2026 12:39 PM
teringat kes acap, dekat perak juga.
hope cepat la adik ini ditemui.
Quote supernaturalee 25-5-2026 12:53 PM
klu tgk map

bukit ni dlm negeri selangor



but anyway, moga selamat ditemui

sungguhpun 2oo m lebih je

tp hutan tebal jugakkan area tu

Quote BungaKencana 25-5-2026 02:20 PM
dgrnye pegi dgn family tp dia turun awal sbb alergik.. masa turun tu hlg, pastu fmly dia ckp benda tu main2 ms dorg azan time dpt call yg takde suara tu..
Quote Blu3butter 25-5-2026 04:17 PM
Harap dapat jumpa le hendaknya. Dgr kata diarg sefamily ni dah selalu gi daki... Benda nak jd mmg tak leh sangka kena selalu beringat la
Quote JunkMail 25-5-2026 05:10 PM
Mohon kaka Dewi memunculkan diri dan memberikan bantuan. Panggil Panglima Jalal dan Puteri Nora sekali. Dulu masa Acap hilang kita semua ramai ramai brainstorming kat sini.
Quote kotakbaju 25-5-2026 06:31 PM
BungaKencana replied at 25-5-2026 02:20 PM
dgrnye pegi dgn family tp dia turun awal sbb alergik.. masa turun tu hlg, pastu fmly dia ckp benda t ...

Benda apa yg main2 tu? Meols tak follow kisah adik ni hilang. Baca komen kat youtube kata seram bila dapat call tapi tak dengar suara tu. Meols tak paham sebenarnya.
Quote Capt.bal 25-5-2026 08:34 PM
kotakbaju replied at 25-5-2026 06:31 PM
Benda apa yg main2 tu? Meols tak follow kisah adik ni hilang. Baca komen kat youtube kata seram bi ...

Baca kat Thread je. Dekat sana ada video mak budak ni call dia tapi suara takde. Latest ni ada orang update konon dah jumpa tapi akak dia denied
Quote kotakbaju 25-5-2026 09:01 PM
Capt.bal replied at 25-5-2026 08:34 PM
Baca kat Thread je. Dekat sana ada video mak budak ni call dia tapi suara takde. Latest ni ada ora ...

Oo, yg meols baca kat kosmo berita petang tadi kata belum jumpa lagi.

1000035296.jpg

Jangan la jadi macam acap tu lagi. Hilang gitu sampai ke sekarang taktau apa jadi.
Quote borne 25-5-2026 10:25 PM
kotakbaju replied at 25-5-2026 06:31 PM
Benda apa yg main2 tu? Meols tak follow kisah adik ni hilang. Baca komen kat youtube kata seram bi ...

Macam2 stail..

[tiktok]7643781108219301140[/tiktok]
https://vt.tiktok.com/ZSx9DCMMw/
Quote anggeriklatifah 25-5-2026 10:38 PM
Dia ke a sorok ke...
Tadi ada video benda tu gelak
Seraaaammmm
Moga adik ni selamat.3 hari dahh
Quote ^CUN_GILA~. 25-5-2026 11:12 PM
Pada sudut bukan mistik aku memandang sudut PATI macam Myanmar ke Rohingya ke yang culik.  Bukan nak huruharakan keadaan.  Sekadar nak nasihatkan jangan ingat yang dalam hutan tu makhluk2 baik belaka.  Nak culik orang tengah pekan susah kan?  
Quote tumpanglalu74 26-5-2026 12:02 AM
Edited by tumpanglalu74 at 26-5-2026 01:50 AM
JunkMail replied at 25-5-2026 05:10 PM
Mohon kaka Dewi memunculkan diri dan memberikan bantuan. Panggil Panglima Jalal dan Puteri Nora seka ...

Bro ni betol2 ade PhD pasal gunung.  Dia kata ade portal kat Sangor.

1000100937.jpg
[tiktok]7643730695524715797[/tiktok]
Video cannot embed so klik sini:
https://vt.tiktok.com/ZSx9mnnVn/
Quote capwayang 26-5-2026 12:19 AM
... rasa kena cari guna thermal drone la, pasukan penyelamat kita kena upgrade kaedah pencarian, yang taknak dicari pun akan jumpa nanti...
Quote mariane 26-5-2026 12:22 AM
polis boleh ke detect last phone ping location. esok dah masuk 4 hari adik nie hilang. dengan cuaca hujan lagi.
Quote ninja boy 26-5-2026 12:55 AM
Baru nak ckp ttg thermal drone
Quote mariane 26-5-2026 07:31 AM
ninja boy replied at 26-5-2026 12:55 AM
Baru nak ckp ttg thermal drone

dieorg mmg deploy thermal drone katenye.
Quote BungaKencana 26-5-2026 08:58 AM
kotakbaju replied at 25-5-2026 06:31 PM
Benda apa yg main2 tu? Meols tak follow kisah adik ni hilang. Baca komen kat youtube kata seram bi ...

yg main2 tu mgkn Jin yg sorokkan dia pastu i ada baca yg masa dorang azan & takbir, benda tu ketawa tp i tak berani buka & dgr .. and yg latest i baca dorang nmpk kelibat adik ni dlm sekelip mata lps tu hlg.. now tgh usaha lg cari dia & ramai perawat bg tips cari lps subuh waktu Jin Iblis tak kuat

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.524542 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top