|
KAJANG – Dua penjenayah tegar maut selepas terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi di sini malam tadi.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.10 malam. Menurutnya, kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam beberapa kes samun yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang. “Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah termasuk sepucuk revolver bersama beberapa butir peluru dan kelongsong. “Selain itu, polis turut merampas empat bilah parang, peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, topeng muka serta sarung tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes-kes jenayah lain. Tambahnya, satu sidang media akan diadakan esok bagi memberikan maklumat lanjut berhubung insiden berkenaan. Sumber :– KOSMO! ONLINE
|
silance replied at 26-5-2026 11:47 AM
Kalo local - ko memang tak berharga.
Kalu warga asing - sial laknat padan muka.
silance replied at 26-5-2026 11:47 AM
Kalo local - ko memang tak berharga.
Kalu warga asing - sial laknat padan muka.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.175970 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.