|
PERJALANAN penyanyi veteran Jamilul Hayat dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menunjukkan perubahan positif dari segi kesihatannya yang dilihat semakin baik. Jamilul Hayat atau Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, berkata dia kini tidak lagi menggunakan alat sedut atau inhaler bagi membantu masalah sesak nafas yang dialaminya sebelum ini. "Alhamdulillah dah tak ada rasa penat, sesak nafas pun dah tak ada lagi. Dah tak pakai inhaler lagi. "Rasanya dah dua minggu tak pakai, sebelum ini seminggu dua inhaler digunakan. "Setiap dua jam mesti kena pakai. Sekarang ni Alhamdulillah dada rasa lapang, kembali normal dan sihat walafiat," katanya. Dia berkongsi perkara tersebut ketika berbual bersama pengacara TTMM2, Datuk Aznil Nawawi yang memperkenalkan sebuah produk kesihatan untuk diamalkan. Dalam pada itu, Jamilul Hayat juga memaklumkan penggunaan tongkat yang digunakan selama dua tahun kini tidak lagi diperlukan. "Tongkat pun dah tertinggal. Tak perlu pakai tongkat lagi. Dua tahun pakai tongkat. "Saya nak bangun pun senang, sudah tidak terhegeh-hegeh lagi," ujarnya. Sementara itu, Aznil menyifatkan perubahan Jamilul Hayat sebagai sesuatu yang sangat luar biasa sepanjang enam minggu program berlangsung. "Ini dah minggu keenam. Pak Nil tengok satu perubahan yang sangat luar biasa untuk Pak Hayat (panggilan Jamilul Hayat). "Inilah aturan Allah untuk TTMM, saya dapat bersama Pak Jamilul Hayat," katanya.
Untuk rekod, Jamilul Hayat sebelum ini berdepan masalah asma yang memerlukannya bergantung kepada inhaler, selain menggunakan tongkat bagi membantu pergerakan. Sumber : mStar |
Perawankota replied at 25-5-2026 03:56 PM
Aku nak tau, dia makin sihat sebab amik product eskayvie ke
Perawankota replied at 25-5-2026 03:56 PM
Aku nak tau, dia makin sihat sebab amik product eskayvie ke
mrseller replied at 26-5-2026 08:57 PM
Takde lah, dapat naik stage balik itu yg jadi sihat tu. kalau tak sblm ni dressing serupa pejuang ...
lasagna replied at 26-5-2026 02:22 PM
tak pasti, tp product eskayvie tu kan utk pembelajaran..
untuk focus minda, tapi tak pasti plak ada ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-6-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.029795 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.