|
PASANGAN ibu dan anak, Linda Jasmine bersama Ratu, terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung pada malam Ahad.
Pada malam tersebut, Ratu yang menyampaikan lagu Oh Carol! nyanyian Neil Sedaka serta berduet bersama Chubb-E, memperoleh markah terendah sekali gus menamatkan saingan mereka. Penyingkiran itu juga menyebabkan Ratu tidak berpeluang meneruskan cabaran minggu hadapan dengan tema Tergamak Kau menerusi lagu Arabian Night. Menurut juri tetap, Che Puan Sarimah Ibrahim, persembahan Ratu hampir tenggelam disebabkan kehadiran duetnya. “Persembahan tak tenggelam, tapi nyaris. Awak patut fokus kepada kelebihan yang awak miliki,” katanya. Dalam perkembangan lain, pasangan Jamilul Hayat bersama anaknya, Hussain, berjaya membawa pulang trofi Manager Paling Perform pada minggu ini. Sementara itu, Anggrek pula menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie bagi minggu keenam. Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal, bersama juri jemputan Puan Sri Tiara Jacquelina. Program ini dihoskan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), selain boleh distrim di Astro Go setiap Ahad, pukul 9 malam. Sumber : mStar
|
apedehal replied at 25-5-2026 07:04 PM
Sapa la jaga bahagian attire ratu ni, xfaham konsep nk menutup aurat ke apo?rasanya xperlu kut as we ...
Bedak_Carrie replied at 25-5-2026 08:38 PM
Ai rasa yg jaga wardrobe org yg sama..
Ada minggu mana ntah, majority semua berkorset kat luar.
...
Bedak_Carrie replied at 25-5-2026 08:37 PM
Dh byk minggu, terlalu santai sgt...
Nampak malas...
Or memang level itu saja kebolehan dia?
apedehal replied at 25-5-2026 09:58 PM
I dont mind the korset pun...tp ratu punya wardrobe sumpah selekeh
Didi_dido replied at 26-5-2026 02:17 AM
Tgk dia menari rasa berat badan dia tu

apedehal replied at 25-5-2026 07:04 PM
Sapa la jaga bahagian attire ratu ni, xfaham konsep nk menutup aurat ke apo?rasanya xperlu kut as we ...

MatDeghem replied at 26-5-2026 06:11 AM
dia dengan anak si pak azad tak leh jadi penari. badan berat. nampak macam balak tergolek2. gerak ...
Bedak_Carrie replied at 25-5-2026 08:38 PM
Ai rasa yg jaga wardrobe org yg sama..
Ada minggu mana ntah, majority semua berkorset kat luar.
...
MissYouSayang replied at 27-5-2026 01:50 AM
Apak dia smpai t'singkir langsung x dtg support bcuz bz dgn MJ n ank MJ while ank sdiri x amek port
MatDeghem replied at 26-5-2026 05:11 AM
dia dengan anak si pak azad tak leh jadi penari. badan berat. nampak macam balak tergolek2. gerak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-6-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043184 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.