|
GURU tari profesional, Linda Jasmine mendedahkan dirinya berdepan masalah kebimbangan melampau atau anxiety sepanjang menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sehingga menjejaskan rutin hariannya. Menurut Linda, 53, masalah itu timbul disebabkan dia terlalu memikirkan keadaan anaknya iaitu Ratu serta mahu memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut. "Sebenarnya saya bukannya tak sihat, saya cuma mengalami anxiety melampau. Saya selalu overthinking dan terlalu risau tentang dia serta pertandingan ini. "Sampai saya tak boleh tidur dan hilang selera makan sebab terlalu obses mahu buat yang terbaik. Dia pun nampak keadaan saya sebab kami tinggal serumah," katanya kepada mStar. Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat konsert minggu keenam TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Ahad. Meskipun tersingkir pada minggu keenam pertandingan, Linda tetap berbangga dengan perkembangan ditunjukkan Ratu sepanjang menyertai program berkenaan. Katanya, Ratu tidak mempunyai pengalaman dalam industri seni namun berjaya memberikan persembahan yang memuaskan dan menunjukkan perubahan memberangsangkan. "Saya sendiri tak jangka sebab dia memang tak ada pengalaman. Dia bukan penyanyi dan tak pernah buat persembahan besar seperti ini. "Dia cuma pernah terlibat dalam satu atau dua persembahan tarian di sekolah. Jadi bagi seseorang yang tiada latihan dan pengalaman, saya rasa dia sudah buat yang terbaik," ujarnya. Linda bagaimanapun memberitahu keadaan kesihatan Ratu kurang baik sebelum persembahan sedikit sebanyak menjejaskan prestasinya pada malam tersebut. Ini kerana anaknya mengalami demam dan tekanan darah tinggi beberapa jam sebelum naik ke pentas sehingga membuatkan dia panik. "Tadi dia kurang sihat, dia demam. Bila saya sampai sebelum persembahan, mereka beritahu Ratu demam. Pihak perubatan juga ambil bacaan tekanan darahnya dan bacaan memang tinggi. "Saya jadi panik. Saya rasa dia agak lemah malam ini sebab sedang demam dan selesema. Mungkin itu menjejaskan persembahannya malam ini. "Tapi dia tetap okay, tak nampak sangat dia demam sebab pasangan tarinya juga banyak membantu," luahnya. Sebelum itu, Ratu dan Linda berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir TTMM2. Ratu yang duet bersama Chubb-E menyampaikan lagu Oh Carol! nyanyian asal Neil Sedaka memperoleh markah terendah sekali gus menamatkan saingan dalam pertandingan berkenaan. Sumber : mStar |
Miss_LoveLeen replied at 29-5-2026 06:19 AM
Sorry komen OT
Kalau dagu & leher mcm linda ni, ada rawatan ke nak buang lemak2 nak bg firm & ada j ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-6-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039566 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.