|
PEMILIHAN Mila Mohsin sebagai salah seorang watak utama dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi muzikal berkenaan merupakan projek ibunya iaitu Tiara Jacquelina. Tampil menjelaskan perkara itu, Tiara, 58, yang juga merupakan pengarah teater memaklumkan dia sendiri terkejut apabila mengetahui anaknya turut menghadiri sesi uji bakat bagi produksi muzikal berkenaan tanpa pengetahuannya. Menurut Tiara, Mila tidak pernah meluahkan hasrat untuk menyertai uji bakat kerana mengetahui dia sebagai ibu akan berasa serba salah untuk menilai kemampuan anak sendiri. "Mila nak pergi audition pun dia tak berani cakap dengan saya sebab dia tahu saya akan susah hati dan berbelah bahagi. Anak sendiri memang susah kita nak judge. "Nasib baik ada ramai panel yang buat keputusan," katanya kepada mStar. Tiara berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat minggu keenam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada malam Ahad. Dalam pada itu, Tiara berkata Mila sebenarnya sudah membuat persiapan rapi secara senyap termasuk menjalani latihan vokal selama beberapa bulan sebelum hadir ke sesi uji bakat. "Mila berlatih vokal berbulan-bulan tanpa cakap dengan kami. Tiba-tiba saya nampak nama dia dalam senarai. "Saya pun terkejut bila dia buat audition," ujarnya. Dalam pada itu, Tiara menegaskan tiada calon pelakon yang ditetapkan lebih awal kerana proses pemilihan dijalankan secara telus menerusi panel profesional. "Saya tak akan buang masa berhari-hari duduk menghadap beratus orang yang datang audition kalau keputusan sudah ditetapkan. "Saya sendiri arahkan supaya audition dibuat sebab saya nak beri peluang kepada semua yang hadir," kongsinya. Sementara itu, Tiara memberitahu pencarian watak Puteri Gunung Ledang bukan sesuatu yang mudah kerana karakter tersebut memerlukan komitmen tinggi termasuklah penghayatan serta latihan intensif. "Nak cari puteri bukan mudah. Saya sendiri dulu melalui proses yang sangat mencabar termasuk membiasakan diri dengan budaya Jawa. "Jadi alang-alang nak buat, saya mahu latih dua orang sekali gus," ujarnya. Sebelum ini, pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical dan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya. Rata-rata netizen berpendapat pemilihan tersebut disebabkan mereka mempunyai 'kabel' serta pengaruh yang kuat. Sumber : mStar |
habisnamadahni replied at 25-5-2026 03:58 PM
mila mohsin ok dah bagi aku..muka classic
aisha retno pun ok cuma x sesuai puteri pakai braces






dekmieDandy replied at 26-5-2026 08:42 AM
dengar cerita tak jadi kat IB kan PGL ni nanti, terus kurang excited sedikit nak tengok
anyway, nak ...
dekmieDandy replied at 25-5-2026 02:42 PM
dengar cerita tak jadi kat IB kan PGL ni nanti, terus kurang excited sedikit nak tengok
anyway, nak ...
prince_marhaen replied at 26-5-2026 10:17 AM
Buat dekat Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) di Sunway City, Kuala Lumpur, pentas teater ...
jeligoreng replied at 25-5-2026 04:20 PM
Mila lawooooo tapi tu lah, AR macam tak sesuai sangat look nya. Mungkin sebab menyanyi juga kot.
ba ...
prince_marhaen replied at 26-5-2026 10:40 AM
PS Tiara dah famous sejak 90an, dia bukak KitKat Club, dia supply penari-penari dan model-model ya ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-6-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045102 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.