|
WANITA yang sedang hamil tidak dapat menahan kesedihan selepas menerima berita pemergian suaminya dalam satu insiden tragis di pelantar minyak di perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad. Isteri Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, memaklumkan dia mengetahui kejadian itu pada pukul 4 petang selepas menerima panggilan daripada majikan suaminya. Muhammad Faezuan adalah antara tiga pekerja pelantar minyak yang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika kerja penyelenggaraan. Menurut Nurkhaeryna, pihak syarikat pada awalnya hanya memaklumkan suaminya terlibat dalam insiden tanpa menjelaskan keadaan sebenar. “Sebaik tamat panggilan, saya bersama ibu terus bertolak dari Bukit Setongkol, Kuantan ke hospital dan tiba kira-kira pukul 7 malam.
“Saya sangat sedih sebab arwah merancang untuk menemani saya berpantang selepas kelahiran anak kedua kami nanti. Hanya Allah SWT tahu perasaan saya,” katanya. Allahyarham yang berpengalaman bekerja di pelantar minyak sejak 2019 baru menyertai syarikat berkenaan pada Mac lalu dan dijadual pulang bercuti pada 1 Jun ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari di platform Sepat itu, semua mangsa dipercayai menaiki bot penyelamat untuk melakukan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform. Selain Muhammad Faezuan, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38. Seorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Menurut Azli, kesemua mangsa merupakan kakitangan bahagian keselamatan platform yang menjalankan kerja penyelenggaraan pada bot penyelamat berkenaan. “Dipercayai tali atau cangkuk yang menyambungkan bot itu terputus menyebabkan mangsa terjatuh ke laut bersama bot terbabit,” katanya dalam kenyataan. Pasukan penyelamat kemudian membawa semua mangsa kembali ke platform sebelum diterbangkan menggunakan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 4 petang. Mereka tiba di lapangan terbang sekitar pukul 5 petang sebelum dikejarkan ke unit kecemasan HSNZ. Bagaimanapun, tiga mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius dipercayai patah tulang. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ untuk bedah siasat yang dijadualkan pagi Isnin. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Sumber : mStar |
midori888 replied at 25-5-2026 01:11 PM
Salam takziah buat keluarga mangsa....Al Fatihah...
https://www.kosmo.com.my/2026/05/25/insiden-tig ...
supernaturalee replied at 25-5-2026 01:31 PM
ni jenis bot yg sama captain philips kena culik dgn lanun somalia
midori888 replied at 25-5-2026 01:58 PM
lifeboat...masak lah capt kapal kena jawab...meols nampak mcm tak ikut procedure...
Decaffeinated replied at 25-5-2026 02:19 PM
menurut artikel itu lifeboat yang mahu diselenggara. kejadian berlaku di pelantar, bukan atas kapa ...
midori888 replied at 25-5-2026 03:12 PM
FSO tu vessel aka kapal...kejadian di FSO Sepat as per the news....

Decaffeinated replied at 25-5-2026 04:47 PM
Oh OK.
Artikel TT tepek kata pelantar
midori888 replied at 26-5-2026 06:54 AM
situ wellhead platform jer, unmmaned platform....org semua duduk dan kerja di FSO...kalu diorg nak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.300894 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.