CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B terima kejutan Lamborghini sempena ulang tahun - “Sebelum ini mama sudah belikan Brabus”

25-5-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2536| Komen: 32

 


SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-21, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima kejutan sebuah kereta mewah jenama  Lamborghini Urus Mansory bernilai kira-kira lebih RM2 juta.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia terkejut dan terharu apabila impian untuk memiliki kereta idaman itu akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru. Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam.

“Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya. Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya kepada mStar.

 


Cik B berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat minggu keenam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Menurut Cik B, ibunya merahsiakan kejutan tersebut namun dia percaya adiknya iaitu Kacak turut terlibat dalam usaha mendapatkan kereta mewah itu.

“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya. Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut," kongsinya.

Dalam pada itu, Cik B berkata dia sanggat menganggumi dan menghargai penat lelah Vida dalam usaha menggembirakan dirinya,

Malah bagi membalas jasa ibunya, Cik B berhasrat mahu bekerja keras demi membahagiakan Vida suatu hari nanti.

"Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket. Apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan.

“Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes. Biar saya yang uruskan semuanya.

“Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama. Mama ada lebih 200 pekerja dan saya sendiri tertanya-tanya macam mana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” luahnya.

Sebelum ini, semasa siaran langsung TTMM2, Cik B terlihat sebak apabila menerima kejutaan kereta idamannya itu.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorhairiahma 25-5-2026 12:31 PM
Bukan ada isu dengan bank ke tokbidah ni?
Quote missbigrockstar 25-5-2026 12:40 PM
Tak paham aku dgn keluarga dan business keluarga ni. Harta kena sita. Hutang banyak. Tapi lifestyle takmau kalah. Belajar di Spain dulu pun canang merata last² ke pertandingan nyanyian anak beranak jua
Quote adeqbun 25-5-2026 03:26 PM
missbigrockstar replied at 25-5-2026 12:40 PM
Tak paham aku dgn keluarga dan business keluarga ni. Harta kena sita. Hutang banyak. Tapi lifestyle  ...

same la xphm..pastu siap ckp dh ade kete brabus..adoi ketahian apekah humble kategori ape kah ini...bkn jeles..dh tu kalau kayo sgt dh kenapa beriya masuk TTMM2..
paling2 pon mcm mekna tu pon ok la jugak...xpon si cess tu ok la kot wlupon dpt hadiah jam harga ratus2 riban..ok mgkin ai select pon sbb faktor rupa paras..hahahaha
Quote Perawankota 25-5-2026 04:10 PM
missbigrockstar replied at 25-5-2026 12:40 PM
Tak paham aku dgn keluarga dan business keluarga ni. Harta kena sita. Hutang banyak. Tapi lifestyle  ...

Actually dia amik course apa masa tu? Mcm betul2 short course 3bln jer mcmtu kan
Quote awanysss 25-5-2026 04:37 PM
dorang ni mmg kaya sgt ke ek..
klau dorang bg aku 1 juta.. settle semua hutang2 aku
aku angkut keluarga aku pegi umrah pastu aku bukak bisness santai2 je
takde hutang kan..
Quote pilssowe 25-5-2026 09:21 PM
Pekata jual kereta tu dan bayar hutang..kan lagi bagus..  ke kereta sewa je
Quote apedehal 25-5-2026 10:03 PM
Ujung2 keta sewa jahhhh
Quote anarina 25-5-2026 10:19 PM
Macam mana eh nak jd muka tembok setembok temboknya mcm anak beranak ni can someone enlighten me plssss
Quote mejaputih 26-5-2026 12:14 AM
Iols rasa kereta sewa je...
Quote dekmieDandy 26-5-2026 08:45 AM
noorhairiahma replied at 25-5-2026 12:31 PM
Bukan ada isu dengan bank ke tokbidah ni?

iolls pun, lepas kes lavida coin kot namanya tu, memang dah blok makhluk pink ni kat semua platform

kalau ada muka dia dengan anak dia dalam tv pun, memang takkan tengok la chanel tu dah


Quote nisako 26-5-2026 08:55 AM
nyampahhhhhh
Quote BungaKencana 26-5-2026 09:03 AM
chuols tgk video kacak pegi bank JPJ utk urusan jual beli lambo ni & dlm TT dia ada owner lambo tu.. i tak pasti la beli ke sewa ke apa ke
Quote KamikuP 26-5-2026 10:48 AM
Apa khabor pelabur La Vida Coins yang tersontot tu? Dah dapat duit ke belom? ekekekek
Quote cm_vungtau 26-5-2026 11:22 AM
Sian. Duit banyak tapi taknak kasi anak pelajaran. Kumpul kereta ajelah boleh. Orang lain kumpul degree and internships.
Quote zuriey 26-5-2026 11:26 AM
Duit ada tapi rupa tak ada
Quote putericahaya999 26-5-2026 11:30 AM
Tahniah cikb
Quote Purestteam1 26-5-2026 11:53 AM
ermmm...  ada memember kaya tapi life x camni..
Quote axl_bach 26-5-2026 02:53 PM
cm_vungtau replied at 26-5-2026 11:22 AM
Sian. Duit banyak tapi taknak kasi anak pelajaran. Kumpul kereta ajelah boleh. Orang lain kumpul deg ...

Degree dan internship x bleh bagi Lambo Urus dol oiiiii...... Hahahaha
Quote shara154 26-5-2026 03:04 PM
Perawankota replied at 25-5-2026 04:10 PM
Actually dia amik course apa masa tu? Mcm betul2 short course 3bln jer mcmtu kan

CikB amek kelas bahasa je awak, bukan proper sijil diploma degree ke apa

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071447 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top