CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlu dapat perkenan Sultan Pahang sebelum laksana latihan ketenteraan - Tengku Hassanal

25-5-2026 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 538| Komen: 8

 


Kuantan: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil berat aktiviti latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hendak dilaksanakan terutama di kawasan kepulauan di Pahang.

Baginda menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti ketenteraan itu akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna negeri itu.

Malah baginda tidak menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman pegawai dan anggota tentera, namun ia mestilah dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal, bertanggungjawab, selamat, harmoni dengan alam sekitar serta semua pihak.

"Justeru, ATM dan semua jabatan serta agensi yang berkaitan menyembah maklum dan mendapatkan perkenan Sultan Pahang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di Pahang, " titah baginda dalam kenyataan media hari ini. 


Tengku Hassanal bertitah, pihak ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah baginda.

Baginda tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-5-2026 12:43 PM
nak tergelak aku.. of all people alasan dia x boleh buat latihan ketenteraan sbb risau psl  ekosistem flora ,fauna
Quote supernaturalee 25-5-2026 12:56 PM
alesandra replied at 25-5-2026 12:43 PM
nak tergelak aku.. of all people alasan dia x boleh buat latihan ketenteraan sbb risau psl  ekosiste ...

tu lah

bukan baru ni kata kecewa sbb federal tak approve utk penerokaan ke ape ke

something related to alam sekitar di pahang nu



Quote seri_mawr 28-5-2026 05:47 PM
.kat bentong-karak tu mcm dah kena teroka hutannya...sampai gondol sudah..yang ni x ganggu ecosystem ke.? - patik bertanya sahaja...ampunnn tuanku...
Quote kemaruk 28-5-2026 08:19 PM
Daulat tuanku   
Quote kemaruk 28-5-2026 08:19 PM
Dorang mula attack dah

Ytjt
Quote Mahathirina 28-5-2026 08:32 PM
Aikk.. sepupu selatan pulak balas cakap dia anytime boleh kasi tentera prektis.
Quote Purestteam1 29-5-2026 02:42 AM
,"Banyak sangat pun bikin pusing kepala raja kertas"     lirik lagu XPDC (raja kertas)
Quote s@s@ 29-5-2026 09:31 AM
aku rasa elok buat training kat pulau2 belah pantai barat.

kasi takut sikit bot2 pancung indon, rohingya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090537 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top