CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda, janda berusia hampir 70 tahun dicekup khalwat, beri alasan dalam proses mohon bernikah

25-5-2026 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 359| Komen: 4

 



Melaka: Warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Klebang, di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIM kira-kira jam 12 tengah malam hasil maklumat serta aduan diterima daripada orang awam.

Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki berusia 68 tahun yang bekerja sendiri bersama wanita berusia 66 tahun yang tidak bekerja itu memberi alasan mereka sedang dalam proses permohonan untuk bernikah.

"Pasangan terbabit masing-masing berstatus duda dan janda sebelum itu dipercayai berada berdua-duaan di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki bersekediaman atau berkhalwat sehingga menimbulkan syak.

Sementara itu, pihak JAIM ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan dijalankan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana individu.

Sebaliknya, ia sebagai usaha memberi pendidikan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai batas pergaulan dan kepatuhan terhadap hukum syarak.

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 25-5-2026 01:16 PM
Mak Oi!!!
Quote prettyuglybabe 25-5-2026 02:25 PM
reputs kelas belakang tersendiri tak buat homework ke sebelum buka thread..

https://mforum.cari.com.my/forum ... =5542678&extra=
Quote Kitty_catz 8-6-2026 03:04 PM
dari usap2 kote tak naik plus fefets dah kering , baik korang main gym uiii... buat strength training, takde le menyusahkan anak cucu esok2 kut terjatuh bilik air tu smua

then boleh reduce insuline resistance bagai.. naikkan TG, HDL,  reduce LDL..

buang lemak2 kat badan sekali.. takde le cepat bau2 tanah even tanah kubo udah memanggil2 tu, tapi dosahhh jugak yg dicari.. mak bapak sapa la ni ...isyh isyh isyhhhh
Quote Kitty_catz 8-6-2026 03:04 PM
dari usap2 kote tak naik plus fefets dah kering , baik korang main gym uiii... buat strength training, takde le menyusahkan anak cucu esok2 kut terjatuh bilik air tu smua

then boleh reduce insulin resistance bagai.. naikkan TG, HDL,  reduce LDL..

buang lemak2 kat badan sekali.. takde le cepat bau2 tanah even tanah kubo udah memanggil2 tu, tapi dosahhh jugak yg dicari.. mak bapak sapa la ni ...isyh isyh isyhhhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.504090 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top