CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump kata tidak perlu tergesa-gesa dalam perjanjian Iran

25-5-2026 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 124| Komen: 2

 

Washington: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meredakan jangkaan perjanjian Timur Tengah dengan mengatakan bahawa beliau sudah memberitahu perundingnya untuk tidak 'terburu-buru', walaupun selepas Tehran dan Washington memberi isyarat kemajuan ke arah perjanjian untuk menamatkan perang.

Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan serangan sejak gencatan senjata 8 April lalu bagi memberi ruang kepada rundingan damai, tetapi ketegangan masih berterusan apabila Iran mengawal laluan kapal di Teluk dan AS terus mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran.

"Saya telah memaklumkan wakil saya untuk tidak tergesa-gesa dalam perjanjian itu kerana masa di pihak kita.

"Sekatan itu akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya sehingga perjanjian dicapai, diperakui dan ditandatangani," kata Trump dalam catatan media sosial semalam.

Terdahulu, Trump berkongsi bahawa perjanjian itu sebahagian besarnya telah dirundingkan dab menunggu keputusan akhir antara Amerika Syarikat, Iran dan pelbagai negara lain.


Agensi berita Tasnim Iran semalam berkata, maklumat diterimanya adalah klausa utama perjanjian yang mungkin masih belum diselesaikan pada masa ini, termasuk isu aset Iran yang dibekukan.

 Seorang pegawai kanan AS yang dipetik oleh saluran AS Axios pula memaklumkan, Rumah Putih tidak menjangkakan perjanjian pada Ahad akan menamatkan perang dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk Tehran meluluskan perjanjian itu.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS Marco Rubio memberitahu The New York Times bahawa perjanjian dengan Iran telah mendapat sokongan serantau tetapi perjanjian nuklear tidak dapat dicapai dalam masa 72 jam secara tergesa-gesa.

"Buat masa ini, kami mempunyai tujuh atau lapan negara di rantau ini yang menyokong pendekatan ini dan kami bersedia untuk meneruskan pendekatan ini," katanya.

Terdahulu, Rubio berkata, persetujuan boleh dicapai untuk menamatkan perang serantau seawal Ahad.

Perjanjian itu katanya, "akan memulakan proses yang akhirnya boleh meninggalkan kita di tempat yang dikehendaki oleh presiden dan dunia yang tidak lagi perlu takut atau bimbang mengenai senjata nuklear Iran".

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata beliau dan Trump telah bersetuju bahawa sebarang perjanjian muktamad dengan Iran mesti menghapuskan ancaman nuklear sepenuhnya.

Pegawai Iran mengesahkan kewujudan draf perjanjian, tetapi menekankan bahawa meskipun permintaan AS yang telah lama berlarutan untuk menamatkan pengayaan uraniumnya, rundingan mengenai isu program nuklear Iran yang dipertikaikan ditangguhkan selama 60 hari selepas sebarang perjanjian.

Presiden Masoud Pezeshkian memberitahu televisyen kerajaan bahawa Iran masih bersedia untuk memberi jaminan kepada dunia bahawa kerajaan itu tidak mencari senjata nuklear.

Namun tidak jelas sama ada janji itu akan termaktub dalam teks perjanjian berkenaan.

Menurut agensi berita Fars Iran, sekatan ke atas minyak, gas, petrokimia dan derivatifnya akan ditarik balik sementara waktu semasa tempoh rundingan supaya Iran boleh menjual produknya dengan bebas.

Pemimpin Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Mesir, Jordan dan Bahrain, serta wakil dari Turki dan Pakistan, menyertai panggilan telefon dengan Trump untuk membincangkan perjanjian itu pada Sabtu.

Pakistan yang menjadi perantara rundingan bersemuka antara delegasi AS dan Iran pada April lalu berharap dapat menganjurkan satu lagi pusingan rundingan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif.

Perang meletus selepas AS dan Israel menyerang republik Islam itu pada 28 Februari lalu dan Iran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau.

Sekutu Iran, Hizbullah menyerang Israel pada 2 Mac selepas serangan AS-Israel membunuh pemimpin tertinggi 

Sumber: Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 25-5-2026 04:55 PM
maniac
Quote TOPwind 25-5-2026 05:58 PM
jangan terbulu bulu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.184660 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top