CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia tidak berdiam diri isu serangan terhadap delegasi GSF 2.0 - Amirudin Shari

25-5-2026 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 383| Komen: 10

 



Sepang: Malaysia tidak akan berdiam diri susulan delegasi yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bukan sahaja berdepan tekanan psikologi dan ancaman, malah turut menerima serangan fizikal ketika menyertai misi itu.

Ketua Delegasi GSF 2.0, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pasukan peguam kini sedang mengumpul dokumen dan bukti berkaitan dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa untuk dibawa ke mahkamah antarabangsa.

Menurutnya, Malaysia juga akan terus memperhebat tekanan diplomatik serta memperluaskan siri penerangan dan kempen solidariti Palestin di seluruh negara.

"Kita akan turun ke seluruh negara membawa suara perjuangan Gaza kerana ini adalah isu kemanusiaan terbesar abad ini. Terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan maklumat palsu dan menyerang delegasi misi bagi menggagalkan gerakan solidariti Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan kepulangan delegasi Malaysia Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

 Seramai 28 delegasi Malaysia yang menyertai GSF 2.0 dan dibebaskan daripada tahanan Israel tiba di KLIA selepas berlepas dari Istanbul, Turkiye dan transit di Dubai dengan pesawat Emirates Airlines pada jam 9.30 malam.

Mereka bersama Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.25 malam Sabtu sebelum transit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Seorang delegasi MalaysiaGSF 2.0, Razman Mat Ali ,38, tidak pulang dan perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di hospital Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap 'Traumatic Pneumothorax' atau paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel dan kini dilaporkan stabil.

Amirudin berkata, Malaysia akan terus memperkukuh tekanan diplomatik dan perundangan antarabangsa terhadap rejim Zionis dan perjuangan GSF 2.0 tidak akan terhenti setakat pelayaran bantuan kemanusiaan semata-mata.

Katanya, gerakan itu akan diteruskan menerusi pelbagai inisiatif antarabangsa termasuk persidangan dan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, selain menghantar delegasi melalui laut dan darat termasuk pintu Rafah, pasukan misi turut hampir menyiapkan penghantaran 30 kontena bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza.

"Kita tidak akan berhenti di sini. Misi GSF 2.0 sudah selesai tetapi suara untuk membebaskan Gaza tidak boleh berhenti," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia juga bercadang membawa persidangan berkaitan perjuangan Palestin ke negara ini dengan sokongan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan dan rakyat Malaysia amat berbangga dengan pengorbanan delegasi misi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga dan nyawa demi perjuangan kemanusiaan.

Sumber: Harian Metro
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 25-5-2026 10:32 PM
Edited by likilu at 27-5-2026 03:14 AM

Pulakkkk ko nak buat roadtour ke seluruh pelusuk negara
Quote mrseller 26-5-2026 10:05 PM
Hareyy gambar mcm thanos ready nak snap finger pulak kikiki
Quote cm_vungtau 27-5-2026 02:06 PM
Dah balik dah ke?
Quote Firenzza 27-5-2026 08:22 PM
Edited by Firenzza at 27-5-2026 08:25 PM

So, ko nk buat apa? Serang isrohell? Ko ingat icj nk layan ko?
Quote Firenzza 27-5-2026 08:24 PM
Dia ni jd ketua delegasi tp tu hari elok la plk pejuang kandang babi time sumut kena tonggeng
Quote supernaturalee 28-5-2026 09:44 AM
modal PRU jgk ni

igt pergi 0?....

tidak ye
Quote terma2nkondisi2 29-5-2026 03:39 PM
nampaknya sejak ketiadaan aku menulis di porem ni dek kekangan masa, tiada tulisan2 bermanfaat di porem

tapi tu ar... bila tengok jumlah view pun.. ciput je

penentang2 sumud ni kebanyakkannya tak suka gerakan kemanusiaan ni nampak mcm sbb tak sukakan anwar ibrahim dan amirudin shari.. kalau dah tak sukakan politikus2 ni, jatuhkan la diorg dlm pru, prn yg akan dtg.. kan senang je camtu
Quote terma2nkondisi2 29-5-2026 04:23 PM
ni masa gsf 1.0.. nadir al-nuri sbg org penting gsf dan sumud nusantara bersama aktivis2 gsf spt ustaz mad kecik dan cip asmawi mukhtar, org penting sebuah ngo kebajikan di kawasan pantai timur berjumpa dengan pengerusi pn (masa jumpa ni belum lagi).. https://www.facebook.com/watch/?v=783152617938345&vanity=DrAhmadSamsuri

dari artikel harakahdaily.. tulisan oleh ustaz ahmad tarmizi sulaiman, ahli parlimen sik, ahli jawatankuasa lujnah antarabangsa pas pusat .. https://harakahdaily.net/2026/05/19/global-sumud-flotilla-dunia-tidak-boleh-lelah-bela-gaza-palestin/.. yg ni pula ucapan beliau masa aktivis2 sumud flotilla pulang ke malaysia.. https://harakahdaily.net/2026/05/25/cukuplah-polemik-wayang-musuh-sebenar-kita-zionis-israel/

ni juga antara perjuangan sumud nusantara.. sany araby, ceo mapim.. https://m.malaysiakini.com/news/774072.. lynas tak jawab persoalan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh mapim mengenai dakwaan keterlibatan syarikat itu secara tidak langsung dalam aktiviti ketenteraan u.s... https://m.malaysiakini.com/news/774205

centhra, pasukan peguam dari malaysia yang menjadi sbhgn drpd pasukan peguam dalam gsf bagi menentang kezaliman dan kejahatan pihak rejim israel.. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2548272

perjuangan sumud nusantara ni, sbhgn drpd gsf, adalah merentasi politik kepartian.. amat malang bagi mereka yang mengikut naratif politik yg dibawa oleh cytro2 politik
Quote B40tastePosh 29-5-2026 08:45 PM
Yang kena rogol tu mengandung anak keturunan nabi Yaakub tak???
Quote adeqbun 30-5-2026 10:32 AM
Nak tanye je mir..isu sultan kene mcm2 ko xde lak berbunyi ye...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048942 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top