CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin tidak hilang, cuma sedang bertahan

25-5-2026 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1842| Komen: 15

 

"Saya tak hilang. Saya cuma sedang bertahan."

Itu luahan penuh emosi penyanyi Mila Jirin yang mendedahkan kehidupan sebenar dilaluinya selepas popularitinya mula merudum beberapa tahun selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, mengakui pendapatannya sebagai penyanyi mula jatuh sekitar 2009 sehingga memaksanya melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga.

Menurutnya, ketika itu dia sudah membawa ibu bapanya berpindah ke Kuala Lumpur dan meminta mereka berhenti kerja sejak 2007, selain perlu menanggung adik-beradik yang masih bersekolah.

"Saya jual kek 'online' (dalam talian). Saya buka restoran kecil di Puchong. Waktu itu saya bukan 'boss'. Saya cuci kedai, cuci tandas, siapkan restoran dan tolong masak di dapur," katanya menerusi hantaran di TikTok.

Mila turut berkongsi detik paling sukar apabila dia pernah menangis ketika bekerja di dapur restoran sambil melihat rakan seperjuangannya masih aktif menyanyi di televisyen.


"Saya berdiri dekat dapur restoran. Comot, pakai apron, penat. Di TV ada lampu pentas. Di tangan saya ada senduk.

"Saya tengok mereka menyanyi. Saya tengok diri sendiri. Dan saya menangis. Ini bukan hidup yang aku impikan," katanya.

Menurut Mila, dia juga terpaksa mengorbankan karier seni demi memastikan keluarganya terus hidup dengan memilih menggunakan wang untuk keperluan dapur berbanding menghadiri majlis hiburan.

"Saya terpaksa pilih duit untuk baju, mekap dan 'event' (acara) atau duit untuk barang dapur keluarga. Dan saya pilih keluarga," katanya.

Penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu berkata, dia akhirnya membuat keputusan berhenti menyanyi pada 2013 kerana terlalu penat berdepan tekanan hidup walaupun masih mencintai dunia nyanyian.

Katanya, dia kemudian membangunkan perniagaan katering BIZMILLA bersama sahabat baiknya yang kini bergelar suami.

Bagaimanapun, Mila mengakui perasaan cintanya terhadap dunia nyanyian tidak pernah hilang dan masih berharap diberi peluang untuk kembali berkarya.

"Saya tak minta jadi nombor satu. Saya tak minta jadi famous semula.

"Saya cuma nak rasa sekali lagi orang menyanyi lagu saya bersama-sama," katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila meraih ribuan tanda suka serta sokongan daripada peminat yang tersentuh dengan kisah pengorbanannya.

Sumber: Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 25-5-2026 11:32 AM
Lah ko setiap kali update beli rumah baru la ape la mana hilangnya

Syukur la dapat cari rezeki dgn bisnes yang halal tak perlu jadi perempuan penghibur buat tontonan khalayak kan
Quote Lulu_717 25-5-2026 11:36 AM
Hint nak masuk GV kot?
Quote aammyy 25-5-2026 12:45 PM
Lulu_717 replied at 25-5-2026 11:36 AM
Hint nak masuk GV kot?

Hint nk keluarkan lagu baru
Quote nisako 25-5-2026 02:53 PM
bukan ko dh kaya ke
Quote lasagna 25-5-2026 03:22 PM
sheol dah kaya kot, apa yg sedang bertahan ni?
bisness kawen letop, dewan kawen apa semua letop.
tak paham laa artikel ni.
Quote supernaturalee 25-5-2026 04:10 PM
hmmmm

something fishy je ni

ade yg tak kena ke


Quote IzzahF 25-5-2026 04:17 PM
apa yg dia bertahan? biz skrg tak masyuk ke? ke meretis ni betiang2 incomenya?
Quote kmbg 25-5-2026 04:47 PM
Biasa kalo nk buat come back bagai ni adalah problem rumah tangga..harap bukanlaaa
Quote kucingitam 25-5-2026 05:02 PM
suara sedap, bisness pun pandai..
Quote doubleA 25-5-2026 10:31 PM
Bakal masuk gv kah? Nak tunggu ttmm anak sheols berbakatkah?
Quote cm_vungtau 25-5-2026 10:46 PM
Bisnes beria sangat kot. Expand beria last2 cost tinggi tak boleh nak cover. Agittew spekuan
Quote gigahertz 27-5-2026 07:16 PM
lasagna: sheol dah kaya kot, apa yg sed ...

Suami dia datuk kan
Quote shernazz 28-5-2026 12:30 PM
Iols pernah ke restoran nya di.puchong tu..
Entah le.
Tak berapa sedap makanannya..
Tapi rezeki dia kan buat catering2 kanduri ni...
Quote sfrnna 28-5-2026 05:19 PM
Menyampahla ko ni. Time covid dulu buat cerita sedih je. Habis covid show off pulak beli kereta la apa la. Ni nak buat cerita sedih apa pulak
Quote Lula2 28-5-2026 09:28 PM
Acik2 forum kalau tak rajin membaca tak payah masuk forum.
Forum ni memang kena rajin membaca.
Mila cerita zaman susah dulu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.035172 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top