CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Quranic Madani bermula langkah kanan, PU Riz mahu perluas seluruh negara

25-5-2026 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 102| Komen: 0

 

Pelancaran program Quranic Madani yang digerakkan oleh pendakwah bebas popular, Ustaz Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, terus menerima sambutan positif daripada pelbagai pihak.

Ia dapat disaksikan apabila lokasi pertama program itu berjaya dilaksanakan di Rumah Titian Kaseh, di sini, baru-baru ini.

Program yang berteraskan pengajaran al-Quran dan ilmu tajwid itu menghimpunkan penghuni rumah kebajikan berkenaan yang terdiri daripada golongan asnaf serta anak-anak kurang berkemampuan dalam usaha memperkukuhkan kefahaman serta mutu bacaan kitab suci itu sejak usia muda.

Menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai satu usaha murni, PU Riz berkata program sedemikian sewajarnya diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai lebih ramai pihak.

"Alhamdulillah, kita memulakan sesi Quranic Madani ataupun sesi pengajaran al-Quran dan tajwid di Rumah Titian Kaseh ini. Kita bermula dengan anak-anak sekecil usia lapan tahun sehinggalah belasan tahun yang ada dalam kelas ini.


"Secara keseluruhan, Alhamdulillah sesi berjalan dengan sangat baik dan semua yang hadir dapat memperoleh manfaat," katanya.

 

Menurut PU Riz, program berkenaan juga dilihat bergerak seiring dengan usaha murni yang giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Agama, terutamanya Menterinya, Dr Zulkifli Hasan dalam mendepani isu kebajikan masyarakat.

Jelasnya, tumpuan kementerian dalam membantu golongan asnaf menerusi sokongan pendidikan agama dan bantuan kebajikan adalah satu usaha yang amat dipuji.

"Ini juga seiring dengan apa yang dilakukan oleh Kementerian Agama yang sentiasa menyalurkan bantuan kepada asnaf-asnaf yang juga berada di sini. Kita ucapkan tahniah atas keprihatinan tersebut," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, PU Riz melahirkan harapan agar Quranic Madani dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan masyarakat yang celik al-Quran serta mampu menguasai bacaan dengan baik dan bertajwid.

"Alhamdulillah atas usaha ini, semoga semua orang di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia dapat belajar al-Quran serta membaca al-Quran dengan baik. Allahuakbar," tambahnya.

Sebagai perancangan masa depan, program Quranic Madani ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa lagi lokasi strategik selepas ini sebagai usaha berterusan mendekati komuniti, sekali gus memastikan pendidikan al-Quran dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Sumber: Harian Metro
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.155796 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top