CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada Bentuk Badan Menarik, Memang Akan Ada VIP & Suami Orang Cuba Mendekati” - Anzalna Nasir

25-5-2026 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 809| Komen: 5

 

Pelakon Anzalna Nasir memberikan pandangannya susulan pendedahan selebriti wanita yang mendakwa pernah diganggu individu berstatus VIP.

Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna berkata perkara itu boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira dalam pekerjaan apa sekalipun.



“Terbaca kisah kawan selebriti diganggu VIP. Sebenarnya, kalau awak ada rupa atau tidak sekali pun, tapi bentuk badan menarik memang akan ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tidak kisah kerja apa sekali pun,” katanya.

Sementara itu, Anzalna berkata disebabkan keadaan tersebut dia memilih untuk memberitahu dirinya sudah mempunyai kekasih bagi mengelakkan ada pihak yang mahu mengambil kesempatan.


“Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada kekasih sebab setidaknya orang tidak berani nak kacau.

“Memang merata tempat saya akan beritahu sudah ada kekasih, sampai ada persoalkan ‘tak takut ke nanti tak popular sebab sudah ada boyfriend?’. Tapi saya tidak kisah.

“Yang penting saya tahu selamat daripada buaya darat. Sampai ke mana-mana pun, saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri, sekarang kekasih saya itu sudah jadi suami,” katanya.


Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanamsyar 25-5-2026 12:01 PM
Apsal tetiba duk cite pasal laki sendiri ni? ada cubaan aktiviti penyondolan ke?
Quote ledigugu 25-5-2026 04:26 PM
Lately asal naik je nama dia ni, mesti komen area gini.
Quote apedehal 25-5-2026 07:01 PM
Apo try hard selling sgt ni..asek nk up pasal suami ja.. tp retis malaysia pempuan 2 org je aku suka tgk sbb cantik & kemas fazura n anzalna
Quote likilu 25-5-2026 10:20 PM
Laki dia try siapa pulak niiii

Nak raya dah ni alahai serabut mikir mana nak gossip nya nak kecam geng sumud nya nak decode luahan alzalna lagi
Quote lanacondor 28-5-2026 12:22 AM
Aku percaya je anzalna dah anak dua ni ada vip nak try.. dia ni kalau janda or balu cpt je dpt vvip. Bini cantik, mampu bg zuriat, setia, ada income sendiri ssh nak cari tau. Harap hanif jgn buat Hal lah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072338 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top