CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Razzi Lelaki Yang Baik, Saya Mungkin Tak Dapat Cari Lelaki Seperti Dia Di Luar Sana” - Norreen Iman

25-5-2026 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 581| Komen: 5

 


Perkahwinan yang dibina selama 12 tahun bertemu titik nokhtah, bagaimanapun pelakon Norreen Iman berkata dia gembira melayari bahtera rumah tangga bersama bekas suami, Mohd Raizi.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Norreen meskipun dilihat tenang namun dia mengakui perpisahan tersebut berat untuk diterima.

“Saya gembira dengan Norreen sebelum ini. Ada pasangan yang memahami, ada anak-anak yang betul-betul membahagiakan. Ellen sangat pandai, bijak, membesar dengan good parents.

“Sepanjang 12 tahun, saya happy, ini jalan yang terbaik, kita teruskan kehidupan. Anak-anak pun dah besar. Berat, berat,” katanya.

Sementara itu, Norreen turut menitipkan doa buat bekas suaminya untuk terus maju jaya dalam kehidupan serta menyifatkan Raizi seorang lelaki yang sangat baik.

“Kepada Razi, Norreen doakan semoga lebih maju ke hadapan, sentiasa ingat untuk sayang sesiapa yang sayang diri kita. Razi adalah lelaki yang baik, saya mungkin tak dapat cari lelaki seperti dia di luar sana,” katanya.

Terdahulu, mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penghujung tahun lalu dan Norreen sudah pun tamat iddah.

Sumber: Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-5-2026 09:56 AM
Suka suka akhirnya duka.. tu le suka beno up kat status kebahagiaan rumah tangga hujung2 cerai jua akhirnya.. ingat cuolls..
Quote BoongaKertas 25-5-2026 11:16 AM
tp lama gak sheols bertahan dgn laki sheols. kalau tgk kat thread, sheols hidup susah dgn ex sheols dulu. mcm entahlah, maybe inilah jodoh terbaik diorang takat ni jer.
Quote helicornia 25-5-2026 11:56 AM
kalau baik kenapa bercerai
Quote Lampuled 25-5-2026 12:25 PM
Dia makeup mcm mn nampak glowing je muka dia
Quote lolipopmanish 25-5-2026 12:51 PM
Maybe spark dlm marriage dah hilang agaknye

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.027332 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top