CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aznil Nawawi Berjaya Kutip RM137,000, Bantu Kos Rawatan Anak Amyza Aznan

25-5-2026 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 859| Komen: 8

 


Pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpul dana berjumlah RM137,000 dalam tempoh 50 jam bagi membantu kos perubatan anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adam Adrian.

Menerusi perkongsian di Instagram, perkara itu diumumkan menerusi podcast Kita Kita Aje selepas kutipan Tabung Kilat untuk Adam yang disahkan menghidap kanser tulang.


“Diumumkan di Podcast Kita Kita Aje di Youtube tepat 10:40 malam tadi selepas lebih 50 jam tabung Kilat Adam Adrian anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90,” tulisnya.

Sementara itu, Aznil turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang menghulurkan bantuan dan dana yang diterima akan disalurkan terus ke akaun Amyza.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan ada dari luar Malaysia juga yang menyumbang. Semoga Allah membalas budi baik anda semua dengan seribu kerahmatan. Amin Paknil akan transfer kesemua wang yang ada ini kepada akaun Amyza sekarang,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 25-5-2026 04:03 PM
semoga cepat sembuh..kesian maknya.baru je hilang abang...adik pula kena.. ramai pulak kena kanser lately..betul ke sebab beksin
Quote Perawankota 25-5-2026 04:05 PM
Nak Tanya, klu macam ni, tukang kutip dana Akan amik komisyen dorg tak?
Quote supernaturalee 25-5-2026 04:16 PM
kenapa derma tak genapkan yg sen2 tu




Quote sleepandream 26-5-2026 12:02 PM
get well soon
Quote LadyCarefree 27-5-2026 11:25 PM
Kutip dana untuk apa?

Ramai pesakit cancer mersna tak dapat beli ubat.
Quote shernazz 28-5-2026 12:28 PM
Teringat arwah.sepupu.iols..
Tau kena.kamser.tulang.sebab.dia.jatuh.kat taman.masa.tadika.
Lepas tu.sakit.je.kaki..maknye.urut.jelah..
Lepas setahun.nampak.bengkak.sikit.maknya gi kecemasan..doc soh masuk wad sebab mcm tak normal kan..
Lepas check n doc buat biopsi.baru tau.kanser...
Meninggal.masa.darjah.5
Huwaaa..
Quote seri_mawr 28-5-2026 05:25 PM
semoga di beri kesembuhan...

dan kesihatan yang baik.. buat peneman mak...si abang Allah dah ambil semula...
Quote Minami2013 29-5-2026 08:43 AM
Moga dikurniakan kesembuhan.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047670 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top