CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

29 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0 tiba di KLIA 1 malam esok

24-5-2026 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 335| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Sumud Nusantara Ofiicial memaklumkan delegasi dan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 dari Malaysia kini dalam perjalanan pulang ke tanah air ketika ini.

Ia selepas semua aktivis tersebut menyelesaikan misi kemanusiaan untuk Gaza serta melalui detik mencabar susulan tindakan pintasan dan penahanan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.

“Orang ramai dijemput hadir bersama-sama di Balai Ketibaan Domestik, KLIA Terminal 1 pada Ahad, 24 Mei 2026 (esok) bermula jam 9 malam.

“Sama-sama menunjukkan solidariti dan menyambut kepulangan para aktivis kemanusiaan yang telah membawa suara Palestin ke pentas dunia,” kata pertubuhan itu di laman Facebooknya hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, pihak Sumud Nusantara menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa, solidariti dan sokongan yang tidak pernah putus sejak hari pertama misi ini digerakkan.


“Semoga misi ini menjadi bukti bahawa suara kemanusiaan tidak akan mampu dibungkam dan solidariti rakyat Malaysia untuk Palestin akan terus hidup.

“Dari Nusantara, suara kita terus bergema untuk Gaza,” katanya.

Terdahulu, kesemua 29 aktivis Malaysia telah dibebaskan hasil usaha diplomatik berterusan serta kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Turkiye . 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-5-2026 10:55 AM
Saiya ulang...pi naik kapal..balik naik mas kapal...pi naik kapal..balik naik mas kapal...
ULANG......
Quote Decaffeinated 24-5-2026 03:29 PM
Hujung2 hadap pertolongan Turkiye yang ada hubungan diplomatik dengan Israel sedang ko sendiri tak nak ada apa2 hubungan. What do you think the Turks are thinking...
Quote wirazam 24-5-2026 04:41 PM
takyah nak beria sambut sgt....apa sumbangan diaorg ni ye
Quote Firenzza 24-5-2026 04:45 PM
Setakat campak cekelat kelaut pun nk kna sambut gak ke?
Quote syikin_akik 25-5-2026 09:29 AM
Apa motif diorang pegi flotilla ni kalau tahu bantuan takkan sampai ? nak kata buka mata kekejaman israel satu dunia tahu dah. Lepas tu balik nak dirai bagaikan hero
Quote syikin_akik 25-5-2026 09:29 AM
Apa motif diorang pegi flotilla ni kalau tahu bantuan takkan sampai ? nak kata buka mata kekejaman israel satu dunia tahu dah. Lepas tu balik nak dirai bagaikan hero

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.105458 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top