CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia akan aman tanpa DAP – Ketua Dewan Ulama PAS

22-5-2026 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1065| Komen: 25|Original author: Raline



Screenshot 2026-05-22 161556.png



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yahaya, menegaskan bahawa Malaysia boleh mencapai keamanan sebenar tanpa kewujudan DAP yang disifatkan sebagai parti cauvinis yang didakwa menjadi punca ketegangan kaum di negara ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, beliau mendakwa parti DAP sering dilihat mempunyai konflik pandangan dengan institusi diraja, meskipun titah sultan telah beberapa kali diperjelaskan kepada umum.

“Apabila Tuanku Sultan bertitah, seharusnya kita akur. Apatah lagi titah Tuanku Sultan diulang-ulang beberapa kali. Namun tidak sesekali bagi parti berlatar belakang cauvinis seperti DAP yang masih tegar ‘bertembung’ dengan istana,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah supaya ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki serta bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir ke Dataran Selangor seminggu sekali bagi menghayati prinsip Rukun Negara, selain mendalami kepentingan menghormati institusi Raja dan adab kesopanan.

Titah itu dibuat susulan kontroversi melibatkan Siew Ki ketika membahaskan titah Sultan Selangor dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), apabila beliau mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan pelaksanaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.

Cadangan tersebut dikemukakan dengan merujuk kepada prinsip kesamarataan warganegara seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Ronnie Liu pula mencadangkan supaya semakan kehakiman difailkan berhubung larangan Sultan Selangor terhadap aktiviti penternakan babi di negeri berkenaan.

Screenshot 2026-05-22 161657.png


Dalam pada itu, Ahmad berkata rakyat wajar menilai pihak yang didakwa menjadi pencetus kepada pelbagai isu sensitif termasuk ketegangan kaum, meskipun negara sudah lama merdeka.

“Cuba kita renungkan, mengapa ketegangan kaum berlaku antara kita? Sedangkan kita sudah mencapai kemerdekaan beberapa dekad yang lalu,” jelasnya.

Beliau turut mengajukan persoalan mengenai pihak yang didakwa lantang mempertahankan industri arak dan judi, selain memperjuangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

“Siapa yang lantang mempertahankan industri arak dan judi dalam negara? Siapa yang lantang mempertahankan UEC meskipun telah diketahui akar pendidikannya tidak bertunjang kebangsaan?” soalnya.

Menurut Ahmad lagi, terdapat juga pihak yang terus menyokong cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), selain didakwa mencampuri urusan umat Islam termasuk berkaitan pensijilan halal dan undang-undang syariah.

“Negara masih terperangkap dalam isu-isu di atas kerana ada pihak yang tegar memperjuangkannya meskipun menyedari isu-isu sedemikian sangat sensitif.

“Kedegilan merekalah menyebabkan negara dan rakyat terus retak dalam sengketa dan perpecahan. Oleh sebab itulah, sebenarnya Malaysia boleh kecapi keamanan sebenar tanpa mereka. Malaysia yang aman tanpa DAP,” tambahnya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette (Muhammad Azizul Osman)


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 22-5-2026 04:18 PM
Dan Malaysia juga akan lebih aman tampa PAS.
Quote silance 22-5-2026 06:09 PM
Edited by silance at 22-5-2026 06:35 PM

Saiya banya sokong ini worang. Saiya tempat pun tada dap. Kita lagi pandai printa.Kita kapal kawan la.

Apa pasal forum banya slow siput-siput? Tada bayar internet bill ka?

Quote blue_blur 22-5-2026 08:44 PM
malaysia akan aman tanpa semua polishitians.
Quote hayrin86 23-5-2026 10:15 AM
FOTHER-MUCKER replied at 22-5-2026 04:18 PM
Dan Malaysia juga akan lebih aman tampa PAS.

Kalau boleh, PRU16 tidak perlu pangkah PAS dah
Quote kakigebang 23-5-2026 10:46 AM
Masyarakat Islam di Malaysia akan aman jika PAS takde
Quote afie_m 28-5-2026 03:03 PM
politik..hurm malas nak komen..
Quote Samerosie 29-5-2026 10:00 AM
So far yg melalak tak berenti ratip nama dap ni korang je.  Fitnah pun banyak sampai tin tabung milo tu pun naik haus kerja x berenti.  Bila koram buat dulu x apa, bila org lain sebut koram lak melompat2 tak tentu hala.  
Quote gigi 29-5-2026 10:55 AM
puak2 rasis dari lebai ni klu takde lagi lah aman dan sentosa... apa pon tak mendatangkan hasil
Quote gigi 29-5-2026 10:55 AM
puak2 rasis dari lebai ni klu takde lagi lah aman dan sentosa... apa pon tak mendatangkan hasil
Quote gigi 29-5-2026 10:56 AM
puak2 lebai ni klu takde lagi aman...parti yang tidak mendatangkan hasil dan faedah
Quote B40tastePosh 29-5-2026 08:34 PM
Biar mudah sesama Kau tarah Malaysia.
Quote hayrin86 30-5-2026 08:50 AM
FOTHER-MUCKER replied at 22-5-2026 04:18 PM
Dan Malaysia juga akan lebih aman tampa PAS.

Betul. Kalau boleh, PRU akan datang jangan pangkah PAS lagi..
Quote gideoncross 30-5-2026 11:14 PM
afie_m replied at 28-5-2026 03:03 PM
politik..hurm malas nak komen..

Politik sucks
Quote miss_white 31-5-2026 12:01 AM
hayrin86 replied at 30-5-2026 01:50 AM
Betul. Kalau boleh, PRU akan datang jangan pangkah PAS lagi..

Habis ko nk suruh pangkat apa.. Dapig?
Quote hayrin86 31-5-2026 08:51 AM
miss_white replied at 31-5-2026 12:01 AM
Habis ko nk suruh pangkat apa.. Dapig?

Pangkah apa-apa tapi, jangan PAS. Senang citer
Quote axl_bach 31-5-2026 09:30 AM
hayrin86 replied at 31-5-2026 08:51 AM
Pangkah apa-apa tapi, jangan PAS. Senang citer

Cuba ko elaborate kenapa jgn pangkah PAS??? Apa risiko andai PAS jadi kerajaan??
Quote miss_white 31-5-2026 04:03 PM
hayrin86 replied at 31-5-2026 01:51 AM
Pangkah apa-apa tapi, jangan PAS. Senang citer

Kenapa ko pulak yg sibuk ..ko takut dgn Islam ke.
  .
Quote Skuau 31-5-2026 04:16 PM
Edited by Skuau at 31-5-2026 04:19 PM

kalau nak Msia aman...DAP dan PAS  kena BERKOLABORASI cam dulu2....cam lagu tu...when love & hate collide....
Quote axl_bach 31-5-2026 04:24 PM
miss_white replied at 31-5-2026 04:03 PM
Kenapa ko pulak yg sibuk ..ko takut dgn Islam ke.
  .

Xnk undi, dan tolak PAS x bermakna tolak Islam.....

Kenapa pula xnk undi PAS dituduh takut dgn Islam??

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.128970 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top