CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya masih tunggu, belum dipanggil polis – Tony Pua

22-5-2026 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 451| Komen: 7|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-22 154427.png



Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memaklumkan beliau masih belum dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Facebook yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan institusi Raja Berperlembagaan serta Rukun Negara.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu susulan pembukaan kertas siasatan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkenaan selepas puluhan laporan polis dibuat di seluruh negara.
“Belum (dipanggil). Masih tunggu,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Pua dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, dengan kuasa Raja secara umumnya tertakluk kepada aspek tertentu sahaja.

Kenyataan tersebut dipercayai dibuat susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu supaya hadir ke Dataran Selangor sekali seminggu bagi memahami serta menghayati makna Rukun Negara.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, Pua akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan berhubung kenyataannya yang mendakwa kuasa Raja di negara ini adalah terhad.

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan kini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Menurutnya, sehingga pagi tadi, sebanyak 59 laporan polis sudah diterima di seluruh negara.
“Justeru, saya akan memberikan reaksi-reaksi dan komen berdasarkan keperluan-keperluan semasa, insya-Allah,” katanya ketika sidang media di IPK Selangor hari ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 25-5-2026 04:04 PM
gila tak tangkap2 lagi..terang2 3r.siap kena nganjing pulak tu
Quote Firenzza 25-5-2026 04:33 PM
Bak kata muntri pendidikan...kami akn fokus kpd kaedah mendidik sbb diorg baru je turun tongkang, tp klau nusi pkl 3 pagi teruih kutip
Quote IzzahF 26-5-2026 11:06 AM
MCMC pun telur kena ikat kalo yg kes tah pape laju je kejenya. lelaki di denda dan dipenjara kerana hantaran jelek. yg tah pape jelek2, gaduh2 sesama netz...kutuk mengutuk pun laju dia hangkut. yg ni tak berkutik
Quote Decaffeinated 26-5-2026 11:59 AM
Jawab 3 patah pun macam2 cara boleh spin.

Gambar hiasan boleh cari yang sesuai. Journalism kasi bakar, inilah dia.


Quote axl_bach 26-5-2026 02:39 PM
Dalam isu ni secara teknikal perundangan Tony Pua mmg xder buat salah..... Tp berbaloi ke buat perkara yg akan efek rakan sekutu.....

Mmg saja nk jadi pembangkang balik lah DAPig nnt.....
Quote shamsadis 26-5-2026 04:12 PM
sebab dia bukan Melayu
Quote axl_bach 26-5-2026 04:18 PM
shamsadis replied at 26-5-2026 04:12 PM
sebab dia bukan Melayu

Ya, konteks ucapan Pua Chukang ni sama saja dgn ucapan Ayohchik dlm kes titah Agong dulu....

Tp sbb perbezaan bangsa, jadi penerimaan berbeza laaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:37 PM GMT+8 , Processed in 1.684692 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top