CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berita PAS teliti semula kerjasama dengan BERSATU, ada hak tentukan hala tuju pilihan raya – Hadi Awang

22-5-2026 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 211| Komen: 1|Original author: akido_kido



WhatsApp-Image-2022-11-24-at-09.59.09.jpeg



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menilai semula kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) susulan beberapa tindakan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu yang dilihat melanggar semangat setia kawan parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Memetik Laporan Berita Harian, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata ketetapan itu dibuat susulan siri tindakan BERSATU yang disifatkan kurang menyenangkan partinya.

Terkini, katanya, BERSATU memecat beberapa EXCO Kerajaan Kedah serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dari kalangan pemimpin BERSATU sendiri.

Beliau menegaskan, pertukaran atau pemecatan mana-mana ahli tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu berasaskan kepada alasan kukuh yang menjejaskan prestasi sesebuah parti.
“BERSATU juga bertindak menyekat keahlian parti Melayu-Islam ke dalam PN. Dia tidak setuju keahlian baharu dalam PN. Kita nak banyakkan lagi anggota dalam PN, tetapi tiba-tiba dia tolak. Jadi (ini) tak menyenangkan dan membahagiakan kita,” kata Ahli Parlimen Marang itu, hari ini.

Tegas beliau, PAS juga tidak boleh menerima alasan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU di Negeri Sembilan yang menarik semula akuan bersumpah (SD) berhubung sokongan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Katanya, tindakan dua ADUN daripada parti itu yang secara terbuka mengambil pendirian berkecuali dalam isu menarik sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan boleh menjejaskan semangat setiakawan antara parti dalam PN.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS mahu memperbanyakkan lagi penyertaan komponen dalam gabungan PN demi memperkasakan agenda Melayu-Islam, tetapi langkah itu tidak dipersetujui BERSATU.

“Kita akan kaji dan meneliti satu persatu tindakan dilakukan BERSATU untuk tindakan selanjutnya.
“Jika tindakan BERSATU boleh menjejaskan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kita akan bertindak,” jelasnya.

Menyentuh dakwaan PAS sudah dua kali dipermainkan oleh BERSATU, termasuk kemelut di Perlis, Abdul Hadi berkata, PAS memilih untuk mengambil pendekatan bersabar, tetapi dalam masa yang sama kesabaran itu ada hadnya.

Beliau turut mendedahkan realiti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini apabila BERSATU hanya menuntut jumlah calon, tetapi tidak mempunyai jentera mencukupi untuk bekerja.

“Mereka ada calon, tetapi petugasnya terlampau sedikit berbanding jumlah keahlian yang didakwa beribu-ribu orang, akhirnya kita mengerahkan jentera PAS turun bekerja di lapangan.
“Kita mengambil kira semua aspek ini,” katanya sambil mengesahkan PAS sudah menghantar surat kepada BERSATU pada 9 Mei lalu, selain mengadakan perbincangan secara bersemuka pada mesyuarat PN.

Abdul Hadi berkata, walaupun PAS belum menetapkan tarikh akhir bagi mendapatkan jawapan daripada BERSATU, tetapi Majlis Syura Ulama dan Lajnah Pilihan Raya serta bahagian penyelidikan parti sudah diminta memperincikan isu itu.

Ketika diminta mengulas sama ada kemelut terbaru ini akan menjejaskan prestasi PN pada PRU akan datang, Abdul Hadi yakin kekuatan PAS tidak akan terjejas sama sekali dan parti itu sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
“Kita rasa tidak menjejaskan PN dan kita akan bertanding atas nama gabungan. PAS adalah penggerak utama PN dan pimpinan ada hak untuk menentukan hala tuju dalam pilihan raya,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamri dan Baharom Bakar), OhMyMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Apoo 22-5-2026 03:18 PM
Terus terang je lah, BERSATU dah x dak duit.

Ada duit abg disayang. X dak duit, adik curang.

Betul kata Kuli. PAS parti pelacur.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.033961 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top