CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kami dipukul, dicabul, direnjat – Peserta Sumud

22-5-2026 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 759| Komen: 14

 


PETALING JAYA – Beberapa peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) mendakwa mereka menjadi mangsa penderaan fizikal, serangan seksual dan penyeksaan melampau ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Israel baru-baru ini.

Seorang peserta dari Malaysia, Al-Ahmad Shah Abdul Kadir (CEO Kapal) mendakwa sekurang-kurangnya 35 tahanan mengalami kecederaan pada tulang rusuk, manakala lima lagi cedera di kepala.

Katanya, terdapat juga dakwaan 12 kes serangan seksual selain dua tahanan mengalami pendarahan pada mata serta kerosakan serius pada penglihatan.

“Ini (kecederaan) semua berlaku ketika kami membawa misi kemanusiaan,” katanya dalam sesi temu bual selepas tiba di Turkiye malam tadi (waktu Malaysia).

Sementara itu, peserta dari Australia, Juliet Lamont turut berkongsi pengalaman peribadi apabila mendakwa keganasan yang dilakukan rejim kali ini jauh lebih teruk berbanding misi yang pernah disertainya sebelum ini.

Dia yang berada dalam kapal Israel yang membawa kira-kira 180 peserta misi mendakwa mereka dipukul dan dibelasah secara bergilir-gilir.

“Seramai 40 orang (mengalami kecederaan) patah tulang rusuk, 12 kes serangan seksual, ada peserta yang terkena renjatan taser (senjata renjatan) pada muka.

“Ada juga disuntik dengan bahan pelali yang tidak diketahui (kandungannya). Saya diikat menggunakan tali kabel. Mereka menjirus banyak air ke atas saya selama hampir sejam sehingga saya fikir saya akan lemas.

“Kemudian saya dicabul secara seksual di ruang seperti bilik seksaan. Lima lelaki memukul dan menghentak muka saya,” dakwanya.

Ibu dua anak itu memberitahu, keganasan ke atas para peserta dilakukan secara berterusan sepanjang mereka berada di atas kapal milik tentera Israel ketika dalam perjalanan ke Ashdod, Israel.

Dalam pada itu, aktivis dari Brazil, Thiago Avila mendakwa, banyak kes keganasan seksual berlaku terhadap peserta misi sepanjang mereka ditahan pihak zionis.

“Orang ramai dirogol dalam penjara Globosim. Tentera (Israel) itu mencabuli peserta kami. Ia bukan satu, dua atau tiga kes, tetapi banyak kes keganasan seksual terhadap peserta kami,” dakwanya.

Thiago berkata, kesemua peserta yang tiba di Istanbul tengah malam tadi sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Laporan perubatan sedang disediakan untuk tindakan lanjut termasuk proses undang-undang di peringkat antarabangsa.

“Kami akan membawa perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Mereka (Israel) perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Beberapa peserta lain dalam sesi temu bual sama turut berkongsi pengalaman masing-masing yang digambarkan sebagai distopia (mencemaskan) selain mendakwa dipukul, diseksa dan dihina sepanjang berada dalam tahanan.

Ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan serius selepas terkena peluru getah yang dilepaskan rejim Zionis itu selain pulang dalam keadaan trauma selepas mengalami seksaan yang teruk.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan lebih 400 aktivis GSF 2.0 dan FFC yang ditahan pihak tentera Israel dilaporkan menerima layanan tidak berperikemanusiaan di Pelabuhan Ashdod.

Sebuah rakaman video yang dimuat naik sendiri oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir di aplikasi TikTok memaparkan layanan buruk pihaknya terhadap aktivis kemanusiaan terbabit.

Menerusi video itu, anggota rejim menarik rambut dan menolak kepala seorang aktivis wanita selepas beliau melaungkan slogan ‘Free Palestine’ sebaik menyedari kehadiran Ben-Gvir.

Selain itu, video sama turut memaparkan keadaan aktivis yang diikat tangan ke belakang dan dipaksa berada dalam posisi menunduk dengan kepala diletakkan di atas lantai.

Bagaimanapun, kesemua mereka selamat mendarat di Instabul malam tadi (waktu Malaysia) dengan menaiki tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-5-2026 02:39 PM
Sendiri cari masalah...
Quote tumpanglalu74 22-5-2026 02:44 PM
Sarang rimau sunat masok ke macamane?  Kat tempat keje pon bukan korang tak ponah jumpe pangai palat macam zionis.  Lagi gampang sebab buat kat sesame bangse sendiri kan?  
Quote ultra78 22-5-2026 02:49 PM
Nasihat kepada peserta dari Malaysia. Yang perempuan tu tak payah la join. Bagi lelaki aje join
Quote emera 22-5-2026 02:57 PM
Dah tau kan confirm xkan sampai & akan kena tangkap.. so jgn byk bunyi.. jgn sebut sbb nk bg tau donia kejahatan dorg sbb 1 donia mmg dh sedia maklum perangai bahbee dorg.
Quote prince_marhaen 22-5-2026 03:21 PM
orang pelestine yang dah bebas keluar, datang sini siap meniaga nasik arab bagai tu ada tak yang join sumut ni? macam yg lain je beriya.... yang datang sini pun buat perangai musibat pun ramai..
Quote prettyuglybabe 22-5-2026 03:29 PM
prince_marhaen replied at 22-5-2026 03:21 PM
orang pelestine yang dah bebas keluar, datang sini siap meniaga nasik arab bagai tu ada tak yang joi ...

khennnn.. palestin yang lepas kat sini kemahen eksyen perangai masing-masing..
takde pun heboh nak balik sana ke apa..
Quote batmana 22-5-2026 04:07 PM
Patut yang pi tu tentera selempang merah..leh terbang kan parang bagai..ke semua Cite 13 Mei tu penipu ajak? Kalau tak tipu..pehal saki baki ahli silat mahaguru takde pun joined misi ni..memalukan aja
Quote tumpanglalu74 22-5-2026 11:18 PM
ultra78 replied at 22-5-2026 02:49 PM
Nasihat kepada peserta dari Malaysia. Yang perempuan tu tak payah la join. Bagi lelaki aje join

Dayus ye bagi lelaki kalau tak reti lindong waniter..  Ingat tu.  Jangan cipte situasi sebegitoo.  Yang waniter tu simple question dari aku yang penakot ni.  Tak sayang vurit ke??
Quote gigahertz 22-5-2026 11:52 PM
Padan lah muka.
Quote Gokuuu 23-5-2026 01:37 AM
Aku pernah baca pengakuan tahanan Palestin kena liwat dek askar israhell laknat & disuruh anjing liwat...ada tu dia tusuk besi sampai robek usus.
Yg wanita pula..dia telanjangkan @ pakaikan baju lingerie..diro.gol bergilir gilir sambil rakam video.
Allahuakbar zalimnya bkn manusia dah tp iblis
Quote Gokuuu 23-5-2026 01:39 AM
Aku mcm caya je kalau tahanan peserta semut fortila Msia kena cabul cuma x cerita sebab aib...
Quote Firenzza 23-5-2026 05:13 AM
Nak bawak icj konon, hakimm2 tu pun dpt paymnt bagai dr isrohell & us lg banyak bunyik. Klau icj ni buat keja dh lama setanyahu kena hukum
Quote RosVilla13 23-5-2026 10:35 AM
Haaa yalaah tu . Tu ramai jgk yg mcm Setan kat cini.. sombong keras kepala siap nk demand itu ini.. kdg pikir patotlah Zionist pun nk hapuskan deyols tpi nnti dikata sapot Israhell  [em:13:]
prince_marhaen: orang pelestine yang dah bebas ...
Quote Decaffeinated 23-5-2026 02:36 PM
Gokuuu replied at 23-5-2026 01:39 AM
Aku mcm caya je kalau tahanan peserta semut fortila Msia kena cabul cuma x cerita sebab aib...:dizzy ...

kena cabul tapi repeat...?



Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.510938 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top