|
PETALING JAYA – Penduduk sekitar Puncak Alam mendakwa mereka terdengar bunyi ketukan misteri di pintu rumah mereka antara pukul 2 hingga 3 pagi.
Menerusi komen-komen dikongsikan penduduk Puncak Alam, ada yang mendakwa terdengar bunyi ketukan misteri itu, namun mereka tidak berani membuka pintu untuk melihatnya. “Kecoh dah orang ketuk pintu 2 hingga 3 pagi sekitar Puncak Alam. Orang kata ‘gula-gula’ (merujuk hantu pocong) ye ke?,” kata pengguna Thread Balkissalleh yang kemudiannya menerima pelbagai maklum balas penduduk Puncak Alam. “Dah dekat 1 Muharam, biasa orang nak uji ilmu. Kalau ada orang ketuk, jangan sesekali buka pintu atau keluar rumah,” komen seorang pengguna Thread Aleeyaadrianaaaa. “Ini betul, kita jangan buka pintu, mungkin ‘dia’ cari tuan baharu kot. Seram betul ketuk ‘dia’, bukan main gegar pintu belakang kita masa tengok. Meremang semua jangan tanya, memang sampai ke pagi,” dakwa Amoiishayang. “Dalam group (kumpulan WhatsApp) kami pun kecoh. Kami rumah tinggi kat Puncak Bestari, yang kena tu tingkat dua, tujuh, 11 dan 14,” dakwa Nisazahan. “Saya pun kena. Pagi semalam sekitar pukul 3 pagi, dengar ketukan kuat sampai terjaga daripada tidur. Pergi periksa kat ruang tamu tak ada apa. Nak buka pintu depan tu tak berani,” kata Bellalullabies. Sumber - KOSMO! ONLINE
|
mizzmimi replied at 22-5-2026 07:11 AM
katanya ada yang nampak cik cong depan pintu
skang porem tak meriah.. thread meriah..
clueless_gamer replied at 22-5-2026 05:40 AM
selalunya yang aku dengar, kalau kena gangguan mcm ni, bila kita pergi dekat selak langsir ke bukak ...















kakikuDibibirmu replied at 23-5-2026 06:17 PM
Dahulu ada hantu ribut taufu ketuk-ketuk pintu nak masuk rumah, tapi tak bawak ole-ole, jadi mama Sh ...


adiwarna replied at 22-5-2026 11:37 PM
Ada sorang perawat kata, makhluk tu rupa mcm serigala tapi tak berbahaya pun...makhluk tu akan menge ...
adiwarna: Ada sorang perawat kata, makhluk tu rupa mcm serigala tapi tak berbahaya pun...makhluk tu akan mengetuk rumah2 muslim yg tiada pelindung dari gangguan ...
Umah ustaz tak kena ape pon so cite u ni make sense sebab ustaz mestilah lagi jauh beriman dan beramal dari kitorang ni..girlfridayz replied at 28-5-2026 03:22 PM
Laaa yeke uols?? Insof sebentar kurasakan..
Umah iols ada kena masa kecoh2 aritu ingat tak yang ...
penmerah replied at 28-5-2026 04:36 PM
Orang kata kalau kene gangguan2 ni kita kene hamun maki kuat2 baru benda ni tahu erti penyesalan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-6-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099887 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.