CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

59 laporan polis terhadap Tony Pua, siasatan dikendalikan Polis Selangor

21-5-2026 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 263| Komen: 1

 



SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia telah menerima 59 laporan di seluruh negara terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan hantaran berhubung isu titah dan Rukun Negara yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Justeru, kita akan memanggil Tony Pua dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor.

Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 22-5-2026 05:58 AM
Orang Selangor nanti masa nak mengundi bolehlah kenang balik apa party biadap ni perjuangkan ye.. boleh nampak depan mata tu kan, kalau takde Sultan memang habis dah tanah negeri kena sondol buat macam2 atas nama "kemajuaan" tapi sebenarnya yang untung cuma puak kroni dia sahaja..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.200058 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top