CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pacak kedai bawah tiang lampu, 3 tahun aduan masih tak kena roboh

21-5-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 718| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Tindakan peniaga dipercayai warga asing mendirikan kedai di bawah tiang lampu dan rizab jalan di Taman Sri Sinar Segambut, mengundang persoalan dalam kalangan pengguna di laman sosial.

Ini kerana kata pengguna, kedai tersebut sudah beroperasi lebih daripada tiga tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Housekeeping2347 berkata, penduduk sekitar taman itu sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa sebelum ini.

“Warga Threads saya perlukan pertolongan anda sekali lagi, DBKL kata kedai haram ini tiada lesen dan kes ini telah pending (belum selesai). Dah hampir 3 tahun penduduk buat aduan masih tak kena roboh.

“Mereka (peniaga) oacak kedai bawah tiang lampu, @hannahyeoh @kelab_sukan_dbkl. Berniaga 24jam setiap malam sangat banyak bising. Saya mahu (kedai) ini dirobohkan, lokasi Taman Sri Sinar Segambut,”tulis individu itu.

Difahamkan kedai tersebut milik penduduk tempatan tetapi telah disewakan kepada warga asing.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi masalah sama di kawasan mereka.

“Di bandar baru Sentul depan Sky Meridien tiang letrik banyak dalam kedai, TNB dan DBKL buat tak nampak je, bertahun dah,”dakwa Zeen_Muhd.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Amyshenny_y_i.

“Masuk laporan rasmi di DBKL2U,”katanya. 

Sumber - KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 22-5-2026 10:32 AM
ape lagi dpt rasuah le tu
Quote noor2 22-5-2026 02:36 PM
Kenapa la x kena renjatan letrik
Quote Supersirap 23-5-2026 11:27 AM
asal ada tapak, adalah mereka ini
Quote gigahertz 23-5-2026 02:32 PM
. . Kepong , Segambut , Cheras , bukit bintang kubu kuat DAP
Quote BoongaKertas 25-5-2026 11:17 AM
dia kalau ada permintaan, mmg lama lah dia stay. cuba lah lokal jgn sapot beli. hmm..
Quote copy_paste 25-5-2026 08:58 PM
Diorg rajin hulur mmg la kebal,org kita x hulur mana maunye
Quote always_typo 26-5-2026 08:36 AM
jangan sebut nama HNY, satgi kena saman fitnah..
Quote silance 26-5-2026 11:20 AM
Difahamkan kedai tersebut milik penduduk tempatan tetapi telah disewakan kepada warga asing.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi masalah sama di kawasan mereka.

- Masih fefeeling kutuanan di negara ini. Konon berlaku baik pada warga asing tumpang cari makan padahal pemalas. Apa concept kedai haram ni? Jual soto? jual piza? Roti canai? 24 jam Concept 7 11? Sapa yang sewa?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.167209 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top