|
Cubaan lima warga Malaysia memasuki Makkah tanpa permit haji berakhir dengan penahanan selepas mereka dikesan menggunakan laluan tidak berturap dan kawasan lembah bagi mengelak sekatan pihak berkuasa, lapor Saudi Gazette.
Menurut kenyataan pihak keselamatan haji, kesemua individu terbabit ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 2026 yang menetapkan hanya pemegang permit sah dibenarkan memasuki kota suci itu sepanjang musim haji berlangsung. Pihak berkuasa memaklumkan tindakan perundangan telah dimulakan terhadap semua yang terlibat. Direktorat Jeneral Mujahideen menegaskan semua pihak perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jutaan jemaah haji yang berada di Tanah Suci. Malah, agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang cubaan melanggar peraturan termasuk memasuki Makkah tanpa permit sah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman tertentu mengikut peraturan semasa Arab Saudi. Dalam masa sama, orang ramai turut diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran peraturan haji. Bagi kawasan Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, laporan boleh dibuat menerusi talian kecemasan 911 manakala kawasan lain di seluruh Arab Saudi menggunakan talian 999. Sumber: SAUDI GAZETTE, Rotikaya
|





prettyuglybabe replied at 21-5-2026 04:34 PM
geng terpaling travel antivax ke
tahanie replied at 21-5-2026 10:36 PM
Antivax boleh dpt permit ke? Kita kan kena amik vax
tahanie replied at 21-5-2026 10:36 PM
Antivax boleh dpt permit ke? Kita kan kena amik vax


prettyuglybabe replied at 22-5-2026 10:39 AM
tak boleh kecuali dengan menipu or jalan kaki
prince_marhaen replied at 21-5-2026 04:01 PM
ni mesti yg acah2 traveller, pastu balik buat buku....dari malaysia ke mekah.. haha.. jenis yang iku ...


telracs replied at 23-5-2026 02:34 PM
Dapatkah mabrur hajinya kalau menipu, eh?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.