|
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata beliau tidak menggalakkan anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa untuk menjadi penyanyi. Menerusi temu bual bersama Era, Siti berkata dia tidak menolak mungkin ada bakat seni mengalir dalam diri anak-anak dan suaminya, Datuk K juga tidak menggalakkan untuk menjadi penyanyi. “Saya tak berapa galakkan. Tapi tak boleh nafikanlah darah seni itu ada dalam diri dia tapi ayah dia pun lagilah tak galakkan,” katanya. Sementara itu, Siti berkata dia dan suami tidak menghalang sekiranya anak-anak minat dalam muzik dengan mempelajari alat muzik. “Cuma kalau ada minat, tak apa. Dia boleh je nak belajar piano sekarang Aafiyah belajar piano, kalau dia nak menyanyi pun nyanyilah. “Tapi saya tengok Aafiyah ni dia jarang menyanyi. Dia tak seperti adik dia. Adik dia setiap masa menyanyi. Afwa tu dia macam… saya surprise sangat. Sekejap dia boleh nyanyi dengan melodinya sendiri. Nak mandi pun dia boleh buat lagu nak mandi,” katanya. Sumber : Rotikaya
|


prince_marhaen replied at 20-5-2026 08:10 AM
Rasanya piyah memang tak jadi penyanyi or artis kot....nampak macam introvert, reserved sikit, tapi ...



NuansaBiru replied at 20-5-2026 08:33 PM
Diburu dosa silam ke si kertu ni?
Beria2 benar taknak anak jadi retis
Takut anak kau jadi mangsa ...



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-6-2026 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080691 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.