CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koronavirus tidak lagi menjadi ancaman serius - Ahli virologi dan Doktor Sains Biologi

19-5-2026 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 574| Komen: 3|Original author: jiwarasa

Screenshot 2026-05-19 154233.png


SIMFEROPOL: Jangkitan koronavirus SARS-CoV-2 dan subvarian sedia ada kini tidak lagi menimbulkan ancaman serius kepada manusia berikutan imuniti kelompok terbentuk di seluruh dunia, kata ahli virologi dan Doktor Sains Biologi, Vladimir Oberemok, yang mengetuai Jabatan Biologi Am dan Genetik di Universiti Persekutuan Crimea V.I. Vernadsky kepada RIA Novosti.

“Bahaya serius yang wujud sejak 2020 hingga 2022 telah berlalu. Imuniti kelompok kini terbentuk di seluruh dunia; kebanyakan orang sama ada pernah dijangkiti atau divaksin dan oleh itu sudah mempunyai sel memori terhadap koronavirus.

“Selain itu, varian virus yang lebih mudah merebak berbanding yang lebih membawa maut, kini menjadi lebih dominan. Penyakit ini semakin menunjukkan gejala ringan,” kata Oberemok.

Pada masa sama, ahli virologi itu tidak menolak kemungkinan varian baharu koronavirus SARS-CoV-2 dengan kadar kematian tinggi boleh muncul pada masa hadapan dan berpotensi mencetuskan pandemik baharu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BawangCaramel 20-5-2026 07:52 AM
Edited by BawangCaramel at 20-5-2026 08:15 AM

23312.jpg 23313.jpg
Quote KamikuP 20-5-2026 09:48 AM
Mohon ada balik kuarantin mcm masa 2020 Covid 19 bole dapat moratorium dan tak boleh balik kampung beraya dan kena ambik vaksin. Ho yehh
Quote wirazam 21-5-2026 12:00 PM
apa jadi ye dgn hasrat ex menteri kkm dulu yg kononnya ada nak buat research pasal vaksin covid tu...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.457374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top