|
Kuala Lumpur: Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan mereka masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa.
Rafizi dan Nik Nazmi dalam satu kenyataan bersama berkata, pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat berikutan hasrat mereka berdua untuk meneroka hala tuju politik baharu. Dengan pengosongan kerusi itu, mereka menegaskan akan kembali bertanding di Parlimen sama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun kali ini berbeza di bawah Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) bukannya Pakatan Harapan (PH). "Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen. "Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket PH pada PRU yang lalu. "Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal. "Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi," kata mereka dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Nik Nazmi hari ini. Dalam hantaran sama, Nik Nazmi turut memuatnaik surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat yang dihantar ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertarikh 18 Mei 2026. Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar dari PKR dan akan menyertai BERSAMA esok. Berikutan itu, PKR menggugurkan keanggotaan Rafizi dan Nik Nazmi mereka mengisytiharkan keluar parti. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu. Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat sebentar tadi mengesahkan pihaknya menerima notis peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen daripada Rafizi dan Nik Nazmi. Sumber: Harian Metro
|
silance replied at 18-5-2026 05:46 PM
Apa makna logo sang kancil ni?
Macam tak tahan lama je logo ni. Hehehe
Kenapa Kancil?
Malaysia adalah sebuah negara bersaiz kecil tetapi berpotensi besar di persada dunia. Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara besar yang ada pengaruh dan tekanan. Malaysia perlu menjadi seperti kancil, yang pandai menggunakan akal dan bijaksana menangani konflik.
Kebijaksanaan Mengatasi Kekerasan
Kekuatan sinonim dengan kuasa. Lebih kuat, lebih berkuasa. Hukum rimba menjadikan yang kuat itu berkuasa, lalu menindas yang lebih kecil. Tetapi yang kecil itu lebih ramai di rimba. Jadilah seperti kancil. Walaupun kecil, kancil mengatasi kekuatan buaya melalui kebijaksanaan.
Bijak, Berani, Tangkas
Kancil adalah simbol potensi generasi masa depan. Rakyat dan anak muda yang bijak, berani dan tangkas akan melunturkan kuasa sang buaya yang telah lama berkuasa. Masa depan rakyat dan negara adalah di tangan kancil-kancil kecil dalam masyarakat, bukannya buaya-buaya yang leka menunggu habuan.
alesandra replied at 18-5-2026 07:01 PM
dulu atok saka pun prnah perlekeh keadilan tak lama.ujung2 dia jadi pm7 pun atas tiket logo parti ...
Samerosie replied at 18-5-2026 07:12 PM
Derang ni kira lompat parti ke camne since resigned dr one parti lepas tu masuk parti lain. Banya ...
aint replied at 19-5-2026 06:02 AM
yg masih sokong bang non skrg ni geng2 pelangi je

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.