CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UEC: PM Tidak Mahu Pengiktirafan Dipolitikkan, Anthony Loke Kata Lepasan Tahfiz Pun Dapat Peluang Sama

18-5-2026 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1732| Komen: 54

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata, penerimaan sijil berkenaan adalah secara bersyarat iaitu pemegang UEC wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, syarat sama turut dikenakan terhadap pelajar sekolah agama Arab, sekolah menengah agama, institusi tahfiz dan sekolah antarabangsa yang melibatkan pelajar Malaysia.

“Dunia sekarang semuanya mahu dikaitkan dengan  politik. Kenyataan telah dikeluarkan semalam (Khamis) bahawa Kabinet bersetuju dengan syarat pemegang UEC perlu lulus SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Jadi, kita beri ruang walaupun mungkin memerlukan beberapa kursus perguruan kerana sebelum ini perkara itu tidak dipersetujui.

“Namun, apabila sekolah-sekolah Cina menerima syarat tersebut, kita (kerajaan) turut menerimanya dengan baik,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Seremban hari ini.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang membantah peluang lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC melanjutkan pengajian ke IPTA.

Katanya, peluang sedemikian tidak hanya diberikan kepada calon UEC, malah turut dibuka kepada lepasan sekolah atau institusi tahfiz.

“Saya rasa pelik mengapa ada pihak yang membantah komitmen kerajaan ini. Mereka membantah orang untuk mendapat akses  pendidikan.

“Sedangkan kita mahu menambah akses pendidikan supaya dapat mendidik anak-anak ini untuk mendapat pendidikan yang lebih baik.

“Sekiranya membangkang, ini menunjukkan mereka menafikan hak anak-anak kita untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah komitmen kerajaan seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu,” katanya dalam Majlis Peluncuran Stesen Segambut Utara di ibu negara.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa tindakan membuka ruang kepada pelajar UEC melanjutkan pengajian di IPTA adalah satu taktik ‘silap mata’ dalam usaha kerajaan memperluas akses pendidikan kepada pelajar aliran berkenaan.

Katanya, pengumuman yang menggabungkan kategori lepasan tahfiz dan UEC itu dilihat sebagai cubaan menghalalkan kemasukan pelajar UEC ke universiti awam secara halus.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan khusus mengenai lepasan tahfiz sedangkan golongan itu selama ini tidak pernah menghadapi masalah untuk menyambung pengajian ke IPTA mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sumber : Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 18-5-2026 03:24 PM
Hujung2 pmx kasi setel/campurtangan tugas menteri2 ka
Quote Orangkaya99 18-5-2026 04:02 PM
Jubor die la pmx .
Quote Rdizz 18-5-2026 05:37 PM
Ada sek keb dan sek jenis kebangsaan, pasal apa uec yg didambakan. Ni dah iktiraf tak pueh hati lagi.

Hairan jugak, in the 1st place, why ambik uec. Ipta utk pelajar main stream pulak dah sedia berebut, yg tak patriotik ambik uec dah nk lwn pulak dgn pelajar main stream. Bagi betis nak paha.
Quote miss_white 18-5-2026 05:55 PM
Edited by miss_white at 19-5-2026 02:32 AM

Anthony loke ni menteri pengangkutan.kenapa dia pulak yg menyibuk bersuara.
Quote Rdizz 18-5-2026 06:28 PM
Bdk tahfiz yg masuk ipta ambik spm kan? So what is the issue? Kalau tak ambik spm pun, dah bdk melayu lahir atas tnh melayu, ckp melayu, silibus pun melayu, bkn nya uec silibus taiwan yg ditanam tah apa benda dlm ajarannya.

Compare apple to apple lah, ni sebut tahfiz pulak nk manipulate, nk saiko supaya iktiraf uec.
Quote Samerosie 18-5-2026 06:43 PM
Melayu as usual semua takut, the letter t, babi, anjing now uec.
Quote axl_bach 18-5-2026 07:53 PM
Rdizz replied at 18-5-2026 06:28 PM
Bdk tahfiz yg masuk ipta ambik spm kan? So what is the issue? Kalau tak ambik spm pun, dah bdk melay ...

Apa ko merepek comparison bukan epal dgn epal..... UEC vs tahfiz tu epal dgn epal lah, most of tahfiz kampung2 mmg bukan aliran kebangsaan, which is the very same group dgn UEC, so mmg dlm kategori yg sama....

Kategori 1. Sekolah aliran kebangsaan
Kategori 2. Sekolah aliran bukan kebangsaan.

Jgn plak ko amik MRSM Tahfiz sbg contoh...
Quote axl_bach 18-5-2026 07:55 PM
Apa ke bangang dok ckp ramai bebudak tahfiz masuk U amik SPM, abih tu yg lagi ramai x dpt masuk U sbb xder SPM ko x tau plak....

Kurang2 dgn ada kluster pe gajian agama yg hanya perlu SPM BM dan Sejarah, lebih ramai tahfiz bukan mainstream berpeluang masuk IPTA......
Quote clueless_gamer 18-5-2026 08:55 PM
Sejarah UEC yang ramai tak tahu..

1. British dulu sebelum bagi kita merdeka, diorang dah susun dah bagi guideline nanti cara tadbir negara, so kita just ikut je as peacefull transition.. kita boleh je buat satu sekolah campur semua kaum, lepas pukul satu (lunch hour) boleh sambung lagi subject lain, mandarin ke tamil ke nak belajar agama ke kemahiran vocational ke.. buat sekolah ni mula pkol 9 pagi sampai pukul 5 petang, budak pun takde masa melepak.. kalau negara jiran lain boleh buat kenapa kita tak boleh? nak tak nak je sebenarnya..

2. To be specific, British diorang dah ada plan untuk single stream school yang guna Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi, kita je negara dalam dunia ni di mana golongon migrant ni di bagi buat sekolah guna bahasa sendiri, zaman dulu semua subject masih lagi ikut negara asal diorang sebelum perlahan-lahan di ubah untuk berkiblat negara kita, macam bang non cakaplah.. 40 tahun dulu, diorang ni punyalah sombong walaupun migrant tapi masih tak nak pun bercakap guna bahasa kebangsaan, walau pun depan menteri pelajaran masa tu.. dok negara orang tapi nak besar kepala, issue ni masih sama lagi kalau tengok dlm medsos.. walau pun tak separah dulu..

3. The British Barnes Report of 1950 emphasized the Malay language in schools but disregarded vernacular Chinese and Indian schools. This caused clashes and led to the Fenn Wu Report supporting vernacular schools. The 1952 Education Ordinance was based on these reports but did not satisfy Chinese and Indian requirements.

4. Kalau dekat negara thailand ke indonesia, malah negara pujaan diorang pulau singapura tu, jangan haraplah nak ada sekolah vernacular ni, sbb dia sangatlah bertentang dengan dasar national unity policy diorang, sbb budak2 ni kena bercampur gaul dari awal lagi, biar faham budaya dan bahasa kena sama.. kita je terlajak acah liberal minded tapi akhirnya social crack tu masih melebar..

5. UEC adalah a far extension of vernacular school, maksudnya, kita dah bagi peha tapi dia mintak betis lagi.. dah bagi sikit dia mintak lebih lagi.. kita sepatutnya tak perlu pun buat sekolah vernacular ni, tapi sebab dulu takut diorang memberontak (unsur subversif pkm mudah tunggang any issue pada tahun 50an 60an dulu) so gomen pun terpaksa berlembut bagi benarkan sekolah vernacular, konon hak deme nak amal adat budaya masing2 yg dijamin perlembagaan.. padahal maksudnya kalau dalam premise gomen, ko kena ikut bahasa kebangsaan, adat budaya tu dekat rumah lah kan.. tapi tetap di spin juga..

6. Kerajaan dah iktiraf UEC ni sejak dari zaman 1975, maksudnya dia adalah system peperiksaan yang sah dijalankan dalam negara, lebih 50 tahun dulu.. so pengiktirafan apa yang dia nak lagi sekali? Oohh.. sekarang dia nak sijil UEC ni boleh jadi ALTERNATIVE kepada SPM/STPM?
Brain drain issues? org yang keje overseas sebab negara tu ada stronger currency je, bukan sebab negara tu guna mandarin dkt US/EU/GCC tu

7. UEC student ni guna bahasa mandarin sebagai bahasa penghantar dan subject Bahasa Melayu dan Sejarah adalah subjek pilihan dan TAK PERLU lulus pun sampailah tahun 2025 lepas.. maksudnya, kalau tak belajar BM Sejarah pun takpelah sebab tak penting pun kan? so sudahlah ko duduk dengan puak kau sahaja, tak belajar pun budaya tempatan dan bahasa orang tempatan, asyik nak agungkan bahasa mandarin kau tu.. lepas sekolah diorang biasa akan sambung ke TAIWAN/SG dan tak plan pun nak stay Malaysia ni, ramai yang migrate lepas tu.. sebab tu orang naik menyampah, dia mcm buat negara ni macam tapak persinggahan je.. banyak yang sombong plak tu kan, walau tak semua..

8. National Unity Policy is much bigger than the so called chinese pride polemic, tak payahlah korang beria nak pertahankan "maruah" korang tu, elok je tu gomen dah kasi macam2 dari tahun 50an dulu, korang je tak nak berterima kasih, asyik nak desak gomen untuk semua benda yang menguntungkan puak korang je.. dari issue sekolah sampailah ke ladang babi.. yang susah orang lain, yang untung yang kenyang korang je, so apa lagi yang tak cukup hidup dalam Malaysia ni? so, kalau tak suka, keluarlah ke negara pujaan korang tu, pastu try mintak vernacular school system ye kalau boleh dapat kan..
Quote Blu3butter 18-5-2026 09:15 PM
Wah tonyloke prihatin la sgt skrg pasal hala tuju budak tahfiz ek. Tp tu le dah berzaman budak2 ni yg nak majukan diri ambil dua2 spm & agama takde yg bgth ke
Quote kemaruk 18-5-2026 09:15 PM
Tak dapat babi, kurang2 dapat UEC pon cukup lah

Sementara macai2 dapat bragging right dan dapat validation sebagai T20 yang intelek
Quote Samerosie 18-5-2026 09:27 PM
clueless_gamer replied at 18-5-2026 08:55 PM
Sejarah UEC yang ramai tak tahu..

1. British dulu sebelum bagi kita merdeka, diorang dah susun dah ...

Spm/stpm syarat lulus bm dgn sejarah
Stam syarat lulus bm dan sejarah
A levels syarat lulus bm dan sejarah
Tahfiz traditional tak de spm diterima cuma perlu ambil paper bm dgn sejarah
Uec boleh terima syarat lulus bm dan sejarah juga.

Tapi yg tiga atas tu boleh apply any of the courses offered, yg dua bawah tu terhad.

Sebelum ini pelajar lepasan tahfiz, sekolah swasta, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/ Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin memohon kemasukan ke IPTA melalui UPUOnline perlu mengambil enam mata pelajaran teras dalam SPM iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam (wajib bagi calon beragama Islam) atau Pendidikan Moral (wajib bagi calon bukan beragama Islam).

Namun pada pada Khamis, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan kelonggaran untuk memberi peluang kepada calon lepasan SMPC dan UEC serta tahfiz untuk mengikuti program tertentu di IPTA.

Mereka hanya perlu mengambil mata pelajaran BM dan Sejarah dalam SPM.

Bagi calon lepasan SMPC/UEC, antara program dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).


Nak takut apanya, ada je yg anak2 melayu yg ambil euc, derang pun boleh apply jadi lecturer bahasa cina.  Jgn tengok tunnel vision la. A levels tu awat leh apply gak walaupun x de spm stpm?
Quote Rdizz 19-5-2026 12:02 AM
axl_bach replied at 18-5-2026 07:53 PM
Apa ko merepek comparison bukan epal dgn epal..... UEC vs tahfiz tu epal dgn epal lah, most of tah ...

Oh tahfiz kg yg tak ada kurikulum apa2 tu ikut kepala mudir ajar nasyid2 dan hafalan apa2 tu, ada ke yg mcm tu. Tak ambik spm tapi setakat lulus bm dan sejarah saja boleh masuk ipta... tah lah tapi rasa baik masuk je lah kolej2 yg byk jugak sedia ada, bukan apa nanti menjatuhkan taraf ipta je sampai subjek basic pun tak ambik. Math dgn science sgt penting, yg basic2 cukup lah bkn nk bagi beban sampai level advance semua tu. Aliran sastera pun ada general science dgn modern math. Atau introduce basic subjects yg sesuai dgn bdk2 tahfiz atau budak seni. Sorry lah ni pendapat aku yg bkn reti bab2 pendidikan cuma org awam yg prihatin. Kita nk masyarakat yg lebih berkualiti bkn nk bagi undur belakang.

Bdk2 tahfiz tak ambik math, nnti nk kira duit pun x reti asyik kena tipu dgn org. Science pulak basic2 pasal alam pun tak tau, pyh lah terlampau nk absorb bdk2 tu, downgrade habis kualiti pendidikan, tak boleh fikir berat, no critical thinking. Tgk yg heboh hari tu GISB ex arkam tu, sampai dibuat hamba zaman moden, parents yg otak camna, sib baik kerajaan serbu, bapa tak kenal ank, apa nk jadi dgn masyarakat.

Aku tak setuju even tahfiz, jika yg tak ambik subjek yg asas untuk masuk ipta, nama pun ipta, mesti certain qualities nk kena jaga.
Sapa lah yg lulus benda ni, tak pikir masa panjang.

Tentulah tahfiz isu beza dgn uec. Uec ni kes certain group of people look down dekat sistem yg negara pakai, pastu gatal pegi ambik uec, lepas tu terhegeh2 nk masuk ipta.

Memang dah tau uec tak boleh masuk ipta drp awal, habis sapa suruh pegi ambik, lepas tu nk suruh tukar ikut pala dia.
Quote clueless_gamer 19-5-2026 04:58 AM
Samerosie replied at 18-5-2026 09:27 PM
Spm/stpm syarat lulus bm dgn sejarah
Stam syarat lulus bm dan sejarah
A levels syarat lulus bm dan ...

Sis, don't get me wrong, bacalah sampai habis dulu ye..

1. panjang berjela aku buat karangan siap bernombor tu.. refer balik point aku yang no #6 tu.. tunnel vision bagai ni.. aku pandang dari higher macro level, dari sudut national social integrity adoption rates for the long run.. bukan sekadar dari parent POV ye.. tak kisahlah anak sis nak jadi pensyarah bahasa cina ke nanti apa, good for you but doesn't mean good for the country as a whole.. simple je kan?

2. aku personally tak setuju kita masih amalkan lagi sekolah vernacular ni, apatah lagi di tambah dengan hard core taiwan chinese based UEC syllabus system ni, itu sahaja.. bukan aku takut pun, cuma menyampah sebab diorang nampak sangat selfish, self centered and tamak.. dah ada vernacular nak lagi UEC, lepas tu nak bypass SPM/STPM untuk ke IPTA, masuk jelah IPTS tu..

Sis tak nampak ke diorang ni suka menekan-nekan kerajaan??? seriously?

itu sahaja point aku nak sampai kan kat sini.. ada faham sis? oklah nak sangat UEC tu, tapi kalau nak apply IPTA kena guna SPM/STPM juga

3. cuma bagi pihak gomen pulak, diorang dah habis bertolak ansur dah tu.. dari tahun 1975 dah di iktiraf, jadi sistem sekolah yang sah dijalankan sejak 50 tahun lepas, so nak apa lagi? jangan jadi tamak sangat boleh tak?

4. main point dia sekarang puak tu nak sijil UEC ni jadi alternative ticket ganti SPM/STPM untuk masuk ke IPTA, yang dah sedia terhad tu, berpuluh ribu calon lain belum tentu ada tempat ni nak ambik pulak budak UEC ni lagi? ko dah pilih sekolah swasta dari awal pastu tetiba nak masuk IPTA.. selama ni elok je diorang faham sendiri kalau nak masuk IPTA kena guna SPM/STPM tapi sekarang dia nak besar kepala pulak ke?

majority top scorer SPM/STPM adalah dari sekolah SMK/SMA.. performance budak kita bukanlah rendah sangat ye.. even top of the top SPM scorer dulu pun budak melayu dengan Score 21A SPM

5. kita ni negara multiracial but a bit fragile, okaylah kalau ikut sejarah untuk merdeka dulu kita terpaksa ambik policy JUS SOLI.. british suruh kita terima jelah bagi kerakyatan dekat semua orang yang lahir atau datang sebelum merdeka dulu.. so orang melayu dan sultan dulu2 pun dah bertolak ansur ye sampai sekarang ni.. ni bab sejarah yang ramai tak tau dan tak nak ambik tau, padahal effect dia sampai hari ni  sekarang.. kita dah ada social contract, kita ikut jelah apa yang ada, tak payah nak mintak macam2 dgn gomen lagi.. nampak sangat sifat tamak greedy ungrateful tu..

6. negara multiracial ni susah nak jaga sebenarnya, kalau masing2 duduk dalam silo kelompok sendiri je, sebab tu kita "kurang" faham budaya sesama kita, social integration kurang.. masih ada rasa sangsi tu sbb kita sendiri yang pilih untuk social segragation tu dari awal usia lagi atas nama vernacular, sebab tu punca masyarakat kita tak mcm negara jiran.. kalau pergi mana2 pun.. dia akan perkenalkan diri dia sebagai Indonesian, Thais, Pinoy or Singaporean, takde nak letak nama prefix ethnic dia dulu dekat depan.. subconcious mind dia dah tunjuk dia special class.. dah diajar dari awal nak asingkan diri walau dalam negara sendiri.. tu yg aku kata social segregation.. itu sahaja main point dia kat sini..

7. kalau dari public POV ke parent POV.. mungkin hal kecik, tapi kalau dari sudut pandang yang lagi besar macam national social unity, kita dekat level mana? masih fragile atau delusional lagi? so, siapa yg dekat tunnel vision sekarang ni sis?

8. off-topic. aku selalu dengar diorang spin pasal issue nama status ketuanan melayu tu, sebenarnya maksud dia cuma simply tuan rumah je (host) kepada golongan migrant, yang bertolak ansur untuk hidup bersama, co-exist peacefully.. bukan master race vs slave bagai.. padahal 9/10 billionaire semua geng diorang.. tak logic slave treated society boleh jadi kaya mcm tu, kalau ikut sejarah pun banyak je bantuan awal gomen bagi diorang, hak pemilikan tanah lah atas gunung tu lah, tanah 999 tahun lah, kontrak besar gomen lah.. tu bukan ke bantuan awal dari gomen ke? dah tu kenapa plak masih dok play victim kata masih tertindas lagi? jangan hipokrit sangat boleh tak? kalau tak, pergi jelah negara yg boleh bagi semua apa yg korang nak tu.. habis cerita, tp masih nak juga balik sbb nak dapat free healthcare dekat sini, masih lagi buat dual citizenship senyap2 lagi..

org yg boleh berfikir panjang akan nampak benda ni asal masalah dia punca dari sikap tamak dan self centered selfish tu sahaja, so, sampai bila kita nak biarkan negara kita jadi pelik mcm ni? ada yang boleh jawab?


Quote Rdizz 19-5-2026 06:28 AM
Pikir2kan lah

[tiktok]7640685323013328135[/tiktok]

Quote axl_bach 19-5-2026 06:46 AM
Rdizz replied at 19-5-2026 12:02 AM
Oh tahfiz kg yg tak ada kurikulum apa2 tu ikut kepala mudir ajar nasyid2 dan hafalan apa2 tu, ada  ...

Sbb adalah yg jadi isu tu, even lidah rasmi PAS pun pernah suarakan kegusaran pasal kesukaran budak2 tahfiz nk amik SPM dlm hujung tahun 2025 dulu, ko bleh cari.....

Btw, kebanyakan org yg aku jumpa, semua dorg igt kelonggaran ni diberi utk budak2 UEC/TAHFIZ ni masuk semua program dlm IPTA, which is very wrong.....

Yg UEC tu dorg ada certain course saja yg related dgn bahasa dan sastera Cina, bukan guna UEC + BM + Sejarah utk apply medic/akaun/kejuruteraan dll....

Utk Tajfiz plak, the same... Dorg xleh masuk program sembaramgan, terhad kpd Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).....
Quote Minami2013 19-5-2026 07:31 AM
Perjuangan dap psl uec ni dari dulu lagi. Ofkos lah nmpak isu ni isu politik bila tiba2 di iktiraf.

Kalau kerajaan skrg buat keputusan hapuskan sekolah vernacular lain lah cerita nya. Opposite kpd perjuangan dap.
Quote Rdizz 19-5-2026 08:08 AM
axl_bach replied at 19-5-2026 06:46 AM
Sbb adalah yg jadi isu tu, even lidah rasmi PAS pun pernah suarakan kegusaran pasal kesukaran buda ...

Nantilah aku cari..

Bab uec, pejuang depa ni sgt persistent dan menekan supaya ikut kehendak depa, bukan reti bersyukur, makin dibagi makin memintak. Nanti akn didesak2 supaya buka jln utk course lain pulak, dan ada dgr course accounting on the way, entah akn dilulus ke tidak tu belum jadi, tgh melobi agaknya.

Mungkin asalnya org yg ambik uec cita2 nk lanjut pelajaran dekat u yg terima uec, tak pandang pun sistem msia, bercita2 nk dpt kerja di bank2 dan company yg nak mandarin speaking only. Tapi kendian mungkin sebab yuran murah, rasa terliur pulak dgn ipta.

Quote axl_bach 19-5-2026 08:29 AM
Minami2013 replied at 19-5-2026 07:31 AM
Perjuangan dap psl uec ni dari dulu lagi. Ofkos lah nmpak isu ni isu politik bila tiba2 di iktiraf.
...

Dah kalau dok dlm kerajaan tp x perjuang agenda sendiri, baik xyah berjuang....

Yg bodo ni masa luar kerajaan maki UMNO konon anti hudud dan tolak Islam, tp bila Allah bagi peluang dok dlm kerajaan, satu usaha nk bawa Hudud pun dh xder.... Even kalau pensokong tanya pasal Hudud pun dicop soklang setang, guaner???

Patutnya bukan DAPig yg dimarah, tp sekmung sendiri yg bamgang, dah diberi kesempatan, langsung x ada usaha nk bawa agenda yg sekian lama dilaumg2 sampai UMNO kena cop kafir.....

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.305254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top