|
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila menemui dua paku berkarat di dalam hidangan soto yang dibelinya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mg.uti menunjukkan sebuah mangkuk berisi kuah soto. Dia kemudian mengacau lalu mengambil dua paku berkarat yang ditemui di dalam sup tersebut dengan menggunakan sudu. Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. “Dia (penjual) mungkin lupa keluarkan paku itu. Kalau rebus daging keras, perlu letak besi supaya daging lembut,” kata seorang netizen. “Zat besi sebenar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI Sumber – Harian Metro |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-7-2026 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.330860 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.