|
Putrajaya: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak enam hari lalu selepas kali terakhir dilihat berada di Blok 4, Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Larai, Presint 16, di sini.
Pelajar Tingkatan Satu, Nurin Nadhirah Barman, 13, dilaporkan hilang pada jam 9 malam, 9 Mei lalu. Ibunya yang juga kakitangan kerajaan, Nurul Insyirah Mohd Ishah berkata, sebelum kejadian, dia ada menegur Nurin berhubung penggunaan telefon pintar sebelum remaja itu merajuk dan keluar dari rumah. Menurutnya, Nurin pernah keluar rumah selama beberapa hari sebelum ini dan pulang semula, namun kehilangan kali ini menimbulkan kebimbangan keluarga. Dia yang juga ibu tunggal berkata, Nurin adalah anak tunggal dan dijaganya sejak berpisah dengan suami beberapa tahun lalu. Katanya, laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 11 Mei lalu dan berharap anaknya segera pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga. "Saya berharap orang ramai yang mengetahui keberadaan Nurin segera menghubungi kami kerana dia masih di bawah umur dan memerlukan perhatian keluarga," katanya ketika dihubungi. Menurut hebahan yang tular di media sosial, remaja itu mempunyai ciri-ciri berbadan gempal, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berkulit sawo matang dan berambut panjang. Difahamkan, kali terakhir Nurin dilihat memakai baju lengan panjang berwarna cerah serta seluar hitam. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nurin diminta menghubungi ibunya, Nurul di talian 017-240 8249 bagi membantu usaha mengesannya. Keluarga mangsa turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyebarkan maklumat kehilangan itu supaya remaja berkenaan dapat ditemui dalam keadaan selamat. Sumber – Harian Metro
|
midori888 replied at 15-5-2026 12:12 PM
tu gambar anak or gambar mak dia?
midori888 replied at 15-5-2026 12:12 PM
tu gambar anak or gambar mak dia?

supernaturalee replied at 15-5-2026 04:42 PM
tergelak la pulak

hashashes replied at 15-5-2026 01:55 PM
Omg habis la
Tinot7 replied at 16-5-2026 07:20 PM
Awat nampak dewasa sgt ni?
primarikey replied at 16-5-2026 07:36 PM
Budak2 skrg memg ramai muka tua...lg2 yg jenis bdn besar...sek men lg dh make up tebal...ank sedar ...
Tinot7 replied at 16-5-2026 08:09 PM
Tiber tingat tiktok danielle budak umo 3 tahun.. mekap2 dlm keta bapak, soh bukak lampu sbb gelap ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-6-2026 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.133040 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.